Ahad, 15 Januari 2017

Makan Malam dan Malam Anugerah Powergold

Teks: Faridah Yusof

Alhamdulillah. Malam tadi saya berpeluang menghadiri Makan Malam dan Malam Anugerah Powergold yang bertempat di IDCC Shah Alam, Seksyen 15.

Terima kasih tidak terhingga kepada suami yang menjaga anak-anak untuk beberapa jam.

Seronok juga sesekali dapat bertemu dengan sahabat stokis yang biasanya bertemu secara maya di dalam grup Whatsapp dan facebook. Malam tadi dapatlah berkenalan dan bertemu muka.

Juga terinspirasi melihat kejayaan para stokis dan Master Stokis yang menerima anugerah di atas usaha gigih mereka menguruskan belian para stokis.

Tuan CEO Powergold iaitu Tuan Taqiuddin di dalam ucapannya ada menyentuh, bahawa antara kejayaan yang besar baginya apabila syarikat dapat membantu membangunkan sebuah sekolah Maahad Tahfiz di utara Semenanjung. Selain dari keuntungan syarikat, sumbangan ke Tabung Amal dari para ahli juga telah disalurkan kepada pembangunan Maahad Tahfiz. Baginya sedekah dan lupakan. Tiada ditulis sumbangan dari Powergold. Katanya lagi inilah perniagaan yang lebih menguntungkan iaitu berniaga dengan Allah. Pihak syarikat juga bercadang untuk membayarkan bil utiliti beberapa buah Maahad Tahfiz di utara.

Pada malam tersebut juga, syarikat melancarkan program Jom Seminar. Program Jom Seminar merupakan satu peluang kepada ahli dan juga bukan ahli untuk belajar tentang urusniaga jual beli saham yang sah. Tuan CEO sendiri telah belajar dan mempraktikkannya. Beliau sangat menggalakkan para ahli untuk mempelajari ilmu ini. Ada banyak kaunter saham patuh syariah yang terdapat di Bursa Saham Malaysia yang dibuka kepada pelabur untuk membeli. InsyaAllah, ini anatara ilmu yang saya sangat mahu belajar. Semoga saya diberikan peluang untuk mempelajarinya. Aamiin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...