Rabu, 1 Februari 2017

Hikmah Lewat Ziarah

Teks: Faridah Yusof

Petang tadi kami sekeluarga melawat sahabat suami yang diuji kesihatannya. Baru-baru ini beliau mengalami sesak nafas. Sewaktu kami datang di rumah juga, beliau kelihatan letih dan lesu sahaja. Memang beliau perlu berehat. Apatah lagi, selepas menjalani hemodialisis.

Sungguh, kesihatan ini suatu nikmat dari Yang Esa. Kita seringkali terlupa tentang nikmat yang satu ini. Bila sudah sakit, baru terasa kesihatan itu sangat berharga. Nikmat kesihatan ini perlu kita syukuri dengan sebenarnya.

Betapa kita tidak dapat melihat bagaimana organ di dalam badan kita menjalankan tugasnya setiap hari tanpa henti. Jantung, buah pinggang, paru-paru, hati, usus. MasyaAllah. Terima kasih ya Allah.

Sesungguhnya kami yang banyak menzalimi diri kami dengan tidak menjaga apa yang kami suapkan ke dalam mulut kami setiap hari. Selalunya, kami hanya mengira enak dan sedap di lidah sahaja. Kurang pula bersenam. Lantas telah menyebabkan badan kami sendiri yang menderita. Ampunkan kami Ya Allah.

2 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...