tag:blogger.com,1999:blog-1558203831191298492024-02-19T18:40:06.930+08:00Tips Pendidikan Awal Kanak-KanakFaridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.comBlogger185125tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-59399563068394732472018-11-17T08:04:00.001+08:002018-11-17T08:04:54.336+08:00Rombongan ke Ladang Anggur Saloma 2
Teks: Faridah Yusof
InsyaAllah pagi ini kami sekeluarga akan mengikuti lawatan ke Kebun Anggur Saloma 2.
Kebun anggur ini terletak di Lekir, Sitiawan, Perak. Ia diusahakan oleh Puan Siti Saloma.
Lawatan ini pula adalah inisiatif admin group Homeschooling Genius Syurga Perak, Puan Lyana. InsyaAllah ada sembilan keluarga akan mengikuti lawatan yang julung kali dianjurkan ini oleh HSGS Perak.
Anak-anak sungguh teruja dan setiap hari bertanya tentang lawatan ke kebun anggur ini.
Didoakan lawatan ini berjalan lancar, cuaca yang baik serta mendatangkan manfaat dan kebaikan kepada anak-anak kami. Aamiin.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-50440661114411793972018-11-10T08:12:00.002+08:002018-11-10T08:12:51.029+08:00Seronok Berkongsi RezekiTeks: Faridah Yusof
Cuti panjang minggu lalu, ramai kawan, jiran dan pelanggan baru yang datang beli tanah baik.
Alhamdulillah.
Ramai yang mengambil peluang masa cuti ini untuk bercucuk tanam dan mengemas halaman.
Aktiviti bercucuk tanam ini sememangnya aktiviti yang seronok dan jadi terapi bagi sesetengah orang.
Ada yang menjadikannya aktiviti mengisi masa lapang.
Bila ada kesempatan, saya berbual dengan para pelanggan baru tentang tanaman mereka. Ada yang suka tanam bunga. Ada yang minat dengan sayur dan ulam-ulaman.
Ada juga di kalangan pelanggan yang menghadiahkan saya anak pokok. Alhamdulillah. Ada juga yang dapat hadiah anak pokok dari kami. Saling bertukar anak pokok.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-81405145036697938002018-10-20T17:58:00.001+08:002018-10-20T17:58:46.204+08:00Luasnya Kasih Sayang-MuTeks: Faridah Yusof
Semalam mendapat perkhabaran yang mengejutkan dari kampung halaman yang sangat dirindui. Benar-benar memeranjatkan. Walau bagaimanapun, cuba untuk sepositif mungkin. Fikir dan bawa hati dan memujuk rasa. Ini pasti ada hikmah yang besar dari Allah.
Saya cuba menghubungi adik untuk mendapat maklumat lanjut. Tapi adik membalas nanti dia akan hubungi semula. Masih lagi di dalam menguruskan hal yang berkaitan.
Tidak mengapalah. Saya menunggu dengan sabar dan doa yang khusus untuk mereka. Semoga Allah memberi kemudahan dan bantuan kepada adik-adik di kampung.
Terus menunggu sehingga ke malam. Menunggu dengan debar dan redha pada apa jua berita.
Akhirnya jam 11.00 malam tadi, adik menelefon. Disampaikan berita dan kronologi kejadian dari awal hingga akhir.
MasyaAllah. Benarlah. Dugaan hebat ini datang beserta hikmah. Ya, walau aib namun saya yakin pada kasih dan sayang Allah. Dia turunkan ujian mengikut kemampuan hamba-Nya. Dia beri dugaan tanda ingatan kasih agar kita kembali menginsafi diri. Mencari Dia kembali.
Alhamdulillah. Allah memberi kemudahan kepada adik-adik yang menguruskan. Allah. Luasnya rahmat dan kasih sayang-Mu.
Terus kami mengharapkan ampunan dan ihsan Allah agar kami mengambil iktibar dari kejadian ini. Semoga kami dilindungi dari fitnah dan kejahatan makhluk manusia apabila mereka tidak beriman dan apabila mereka berhasad dengki. Juga mengharapkan kejadian ini benar-benar membawa hijrah buat saudara kami. Ya Allah. Hanya kepada-Mu kami berharap. Tiada daya dan kuasa kami melainkan kuasa-Mu dan hidayah dari-Mu.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-7001230329166809642018-10-19T12:25:00.000+08:002018-10-21T14:35:56.572+08:00RefleksiTeks: Faridah Yusof
Refleksi.
Semasa saya masih berkhidmat sebagai seorang guru dahulu, saya perlu menulis refleksi bagi setiap kali selepas sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan setiap hari.
Melalui refleksi, saya dapat menilai semula keberkesanan teknik atau kaedah yang digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran. Berapa ramai murid yang dapat mencapai objektif pada sesi kelas pada hari tersebut? Berapa ramai murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran dan apa yang perlu saya lakukan untuk membantu murid.
Refleksi begitu saya cuba terapkan dalam menjalani kehidupan seharian. Tercapaikah objektif yang telah saya tetapkan untuk hari tersebut? Berapa banyak perkara yang dapat saya lakukan pada hari tersebut?
Refleksi ini bermanfaat untuk saya menilai diri, sejauh mana saya menggunakan masa seharian. Jika dahulu, serabut kepala dengan macam-macam perkara yang mahu dibuat.
Alhamdulillah. Sekarang dengan mencatat di dalam buku tulis biasa senarai semak perkara yang perlu dilakukan, saya merasakan lebih lega dan tenang. Saya dapat lihat kembali apa yang berjaya saya laksanakan pada hari tersebut dan apa yang tidak berjaya dilakukan.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-40492182996443373472018-10-18T12:43:00.002+08:002018-10-18T12:43:57.534+08:00Ajar Anak Membaca di RumahTeks: Faridah Yusof
Mahu anak pandai membaca?
Untuk apa anak membaca awal?
Semestinya supaya anak mendapat ilmu yang bermanfaat dengan membaca.
Ibu dan ayah adalah guru yang pertama mengajar anak membaca. Yang lebih kenal potensi, minat dan kecenderungan anak. Lebih mudah untuk 'tackle' anak.
Kaedah fonik Bacalah Anakku antara kaedah yang terbukti berkesan untuk ajar anak membaca.
Pengasas Kaedah Bacalah Anakku, Puan Nik Eliani dan Tuan Othman sangat menggalakkan ibu dan ayah mengajar anak dengan kaedah yang betul. Selain itu ibu dan ayah perlu sabar, tenang dan menjadikan sesi belajar suatu sesi yang menyeronokkan untuk anak. Biar pendek masa belajar tetapi kerap. Setiap hari sebaiknya.
Saya dapati anak yang sudah mahir kaedah fonik Bacalah Anakku tidak rasa takut untuk belajar membaca Bahasa Inggeris pula dengan menggunakan buku Read Easy.
Semasa saya mengajar Bahasa Inggeris di sekolah dulu, bila suruh anak murid baca ayat atau petikan, majoriti takut mahu membaca. Waktu itu saya belum berkenalan dengan kaedah fonik.
Berbeza dengan anak-anak yang sudah belajar Bacalah Anakku, bila jumpa perkataan walaupun tidak tahu itu perkataan Bahasa Inggeris, mereka akan cuba baca dengan menggabungkan bunyi. Tidak rasa takut untuk membaca.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-39428296282332084052018-10-17T23:05:00.001+08:002018-10-17T23:05:45.811+08:00Bila Anak DemamTeks: Faridah Yusof
Dari semalam badan dan dahinya terasa hangat. Bila anak demam ini, memang kena kerap pantau panasnya. Mohon dijauhkan dari mudharat panas badan yang terlalu tinggi.
Semalam tidur-tidur ayam. Dengar suara anak berbunyi seperti tidak selesa. Sesekali seperti menangis.
Badan dan dahinya masih panas. Saya basahkan dahi dan ubun-ubunnya dengan minyak but-but. Juga sapu seluruh badan dan kaki.
Beberapa minit selepas itu kurang panasnya. Saya cuba lelapkan mata sekejap. Sangat mengantuk sebenarnya. Saya urut badan dan kakinya supaya dia rasa selesa.
Akhirnya saya terlelap sekejap. Terus periksa anak lagi. Begitulah sehingga sedar-sedar sudah Subuh.
Allahuakbar. Terasa sakit satu badan.
Namun syukur tak terhingga kerana Allah beri peluang lagi hari yang baru untuk memperbaiki diri dan mencari bekalan untuk ke sana. Alhamdulillah.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-10889432150754794512018-10-11T16:10:00.000+08:002018-10-22T15:44:51.698+08:00Belajar Kaedah Fonik Bacalah Anakku Tidak Membebankan AnakTeks: Faridah Yusof
Ada beberapa kaedah mengajar anak membaca yang boleh digunakan oleh para ibu dan ayah.
Antara kaedahnya ialah kaedah mengeja. Anak diperkenalkan dengan huruf dari A sehingga Z. Kemudian anak diajar mengeja dengan membatang suku kata. Ada banyak pola suku kata yang perlu anak ingat dan hafal. Ini kaedah yang digunakan di sekolah. Saya juga membesar dengan kaedah ini.
Manakala kaedah fonik Bacalah Anakku, saya dapati ianya lebih mudah. Kaedah ini memerlukan anak belajar bunyi-bunyi dalam petuturan. Dari bunyi yang paling kecil. Bunyi-bunyi diwakili oleh simbol huruf. Dalam masa yang sama, anak diajar untuk menggabungkan bunyi.
Untuk membaca Bahasa Melayu, anak hanya perlu ingat 28 bunyi berbanding menghafal beribu pola suku kata.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-60896092310976267332018-10-10T16:10:00.000+08:002018-10-22T17:06:17.352+08:00Hadiah Rak Buku Dari Kak Rai.Teks: Faridah Yusof
Saya benar-benar keletihan selepas seharian memindahkan buku-buku di bilik bacaan dan ruang kerja saya.
Asalnya bilik ini adalah bilik untuk anak perempuan. Tetapi bilik ini agak panas. Jadi, kami tukarkan bilik mereka.
Alhamdulillah, semua mahu tolong mama angkat buku-buku, bekas permainan dan macam-macam lagi. Bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Ada dua rak buku yang dibawa ke bilik belakang. Satu besar dan satu kecil. Rak buku baru hadiah ala-ala Korea tu untuk buku-buku anak di bilik mereka.
Rak buku yang kecil itu menggamit kenangan lama. Ia hadiah dari sahabat semaktab dahulu, Kak Rai. Ia hadiah yang berusia kini 13 tahun. Dari Jasin, rak itu dibawa bersama semasa berpindah ke Sabah. Kemudian dibawa bersama berpindah ke Seri Manjung, Perak. Walau rak lain silih berganti, rak ini tetap utuh. MasyaAllah. Rak yang besar dibeli semasa di Sabah, kemudian ke Seri Manjung pun sudah banyak rosaknya. Namun, insyaAllah, ia masih sudi menumpangkan buku-buku di sini.
Teringat kata-kata saya pada Kak Rai semasa dia menghadiahkan rak bukunya itu. InsyaAllah, saya akan jadikan rak ini sebahagian dari perpustakaan mini nanti. Alhamdulillah. Rak ini berjaya dijadikan sebahagian dari perpustakaan mini di rumah.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-22500188870702528762018-10-09T16:09:00.000+08:002018-10-21T14:30:52.765+08:00Aduhai 'AinaTeks: Faridah Yusof
Sedang saya membaca, tiba-tiba 'Aina datang dan bertanya.
"Mama, macam ni ya baby dalam perut umur tujuh bulan ?"
Dia bawa bersama majalah lama saya, al-Ustaz tahun 2012. Ditunjukkan juga gambarajah illustrasi bayi dalam kandungan dari usia 1 bulan hingga 9 bulan.
"Ha'ah. Baby tujuh bulan, besar macam itulah di dalam perut."
Sejak si 'Aina ini tahu membaca, suka benar dia memunggah majalah lama dan buku di sudut membaca di rumah ini. Tapi, mamanya ini yang pening lalat sebab dia boleh pula memilih buku yang berkaitan kehamilan, kelahiran dan bayi.
Aduhai 'Aina.
Walau bagaimanapun, syukur kerana dia sudah boleh membaca.
Sekarang saya mahu fokuskan kepada kemahiran lain yang dia perlu ada asasnya.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-17835662650111040142018-10-08T16:40:00.000+08:002018-10-20T17:58:18.795+08:00Emas, berapa banyak yang perlu disimpan?
Teks: Faridah Yusof
Alhamdulillah. Ramai wanita sudah mula celik emas. Tahniah. Emas kini tidak lagi menjadi sekadar perhiasan wanita.
Dari membeli dan mengumpul beg tangan, barangan kaca, tudung dan baju yang sudah bertimbun di rumah, lebih baik membeli emas sebagai simpanan dan pelaburan jangka masa panjang. Emas ada nilainya. Emas berjaya mengekang sikap boros kaum wanita yang suka membeli-belah.
Pelbagai cara dan strategi menyimpan emas. Ada yang berdikit-dikit mengumpul tunai. Ada yang terus membeli syiling emas seberat 0.5 gram atau 1gram apabila menerima gaji bulanan. Ada yang membeli barang kemas seperti cincin atau subang yang ringan. Biasa dalam berat 2 gram ke bawah. Mengikut bajet masing-masing. Ada juga yang terus menukarkan bonus ke dalam bentuk emas yang lebih berat gramnya.
Ada yang baru berjinak dan masih belum jelas akan objektif menyimpan emas tetapi sudah ada kesedaran. itu sudah cukup baik. Teruslah menimba dan menambah ilmu.
Di antara soalan yang ditanya.
"Berapa banyak nak simpan emas?"
Secara asasnya, perlu jelas di dalam diri kenapa mahu membeli emas dan menyimpan emas?
Sekiranya sudah cukup gramnya. Maka, emas tersebut boleh difungsikan di ar-rahnu atau dijual untuk mendapatkan tunai.
Boleh sahaja terus membeli emas dan hadiahkan pula kepada ibu, ayah atau anak mahupun saudara.
Ada juga yang menyimpan emas sehingga mampu untuk menunaikan ibadah zakat emas.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-37182218180650535102018-10-07T20:29:00.001+08:002018-10-09T09:55:23.626+08:00Me Time - Kelas Sempurna SolatTeks: Faridah Yusof
Alhamdulillah. Dapat hadir ke kelas sempurna solat lagi untuk bulan ini.
Kali ini ustaz masuk ke tajuk membaca ta'awuz.
Sebagai hamba, kita sangat memerlukan bantuan dan perlindungan dari Allah dari gangguan syaitan terutama sewaktu mendirikan solat.
Syaitan, makhluk ciptaan Allah yang kita tidak dapat lihat dengan mata kasar sentiasa berusaha dan tidak berputus asa menganggu dan mempengaruhi kita semua. Mereka akan berusaha menyesatkan manusia sehingga hari kiamat.
Hanya kepada Allah tempat kita semua memohon perlindungan. InsyaAllah dengan selalu membaca ta'awuz dan bismillah sebelum memulakan sebarang pekerjaan, kita dilindungi dan diberikan kebaikan oleh Allah.
Hendaklah kita berdoa memohon perlindungan dari Allah daripada diganggu syaitan sebelum kita menunaikan solat serta diberikan kekhusyukan sepanjang bersolat. Berdoa tanda kita tidak sombong dengan Allah. Mengakui kita hamba yang lemah dan sangat memerlukan pertolongan-Nya.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-55570070089700104832018-10-06T20:28:00.000+08:002018-10-17T23:26:46.668+08:00Menjadi Suri Celik EmasTeks: Faridah Yusof
Sepanjang saya belajar tentang emas bermula dari tahun 2013, saya berkesempatan berkenalan dengan ramai suri yang celik emas. Syukur, alhamdulillah kerana ia membawa titik perubahan kepada sudut pandang saya tentang emas. Cara saya melihat emas juga berubah. Dari situ bermulanya kembara ilmu untuk belajar cara menabung emas dan memberi fungsi kepada emas.
MasyaAllah. Di kalangan mereka yang saya kenali ini, ada yang dahulunya bekerja makan gaji dan sekarang menjadi surirumah atau bekerja sendiri atau berniaga. Dan ada juga yang masih bekerja makan gaji.
Apa yang saya dapat pelajari dari suri-suri ini?
Suri-suri hebat ini mengajar saya untuk membeli emas dengan objektif yang jelas.
Membeli emas untuk apa? Untuk tabungan pendidikan anak-anak? Untuk persediaan deposit membeli aset seperti tanah atau rumah? Untuk pusingan modal bisnes? Untuk simpanan masa panjang.
Jika dahulu, emas hanya sebagai perhiasan wanita bagi diri saya. Kini, tidak lagi. Tidak memakai emas di jari, lengan atau leher bukan bermakna wanita itu tidak suka emas. Tetapi mungkin juga dia seoran g penyimpan emas yang tegar. Dia ada matlamat jelas dengan emas.
Apabila jelas objektif membeli dan menyimpan emas, ia buat kita tidak mudah melatah atau panik apabila melihat perubahan harga emas.
Selain itu, penting untuk tahu mahu beli jenis emas atau barang kemas yang sesuai untuk disimpan sebagai simpanan masa panjang atau difungsikan.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-79776677949518003742018-10-05T20:28:00.000+08:002018-10-12T16:11:35.875+08:00Kejiranan Yang Suka BerkebunTeks: Faridah Yusof
Alhamdulillah. Kawasan kejiranan yang baru sahaja setahun kami duduki ini membawa aura yang positif dan sihat. Pagi-pagi udaranya segar dan menyihatkan mata dengan permandangan indah hijau tanaman dan warna-warni bunga-bungaan. Syukur kepada Allah dikurniakan jiran-jiran yang suka memanfaatkan masa lapang dengan berkebun.
Kawasan perumahan ini jika rumah tengah memang tiada kawasan bertanah melainkan kawasan depan rumah. Itupun kecil sahaja. Jadi majoriti jiran menanam tanaman di dalam pasu.
Biasanya ada tanaman yang biasa digunakan di dalam masakan seperti daun kunyit, kucai, serai, pandan, kesom, daun kari, pudina, cili, limau purut dan lain-lain. Ada juga yang menanam sayuran seperti kobis, kailan, kangkung , bayam brazil dan sawi. Tidak kurang juga ulam-ulaman seperti ulam raja, pegaga, cekur dan gajus. Selain itu, tanaman lain juga ada seperti pokok tin, pokok bidara, pokok nilam, lidah buaya, inai, sireh, kaduk dan bermacam-macam lagi. MasyaAllah. Seronok dan bagaikan hilang segala maslaah melihat tanama-tanaman ini apatah lagi lihat kesegarannya di musim hujan sekarang.
Melihat tanaman-tanaman ini mengingatkan saya kepada kebasaran dan kekuasan Allah. Maha Suci Allah menjadikan pelbagai tanaman dan tumbuhan yang banyak untuk kegunaan manusia. Dihidupkan pula tanaman samada dari biji benih atau keratan batang. Melihat dedaun halus keluar dan semakin membesar setiap hari, jelaslah tiada daya dan kuasa kita untuk menumbuhkan tanaman melainkan Allah.
Ya, benar. Kita boleh berusaha dengan menggunakan tanah dan baja yang baik untuk memastikan tanaman yang kita tanam hidup subur. Namun tiadalah kuasa yang dapat menghidupkan tumbuhan itu melainkan Allah.
Alhamdulillah. Hamba bersyukur dengan nikmat ini.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-68850811898048132012018-10-04T09:44:00.000+08:002018-10-09T09:36:49.856+08:00Rezeki Jambu Susu Dan Kuih Ala Boko Ubi KayuTeks: Faridah Yusof
Semalam ulangtahun kelahiran anak. Dia teringin mahu makan kek viral fruit pastry.
Setelah beli bahan, maka bersilatlah di dapur. Alhamdulillah dapat dua biji kek bulat bersaiz 8 inci.
Cadangannya mahu makan bersama-sama kawan sewaktu bermain petang nanti.
Balik dari sekolah jam 5.30 petang. Kami makan bersama-sama kek tersebut. Tiada lilin atau nyanyian lagu. Hanya potong kek dan makan beramai-ramai satu keluarga. Alhamdulillah. Memang tidak mahu terikut-ikut dengan budaya bukan Islam. Cukuplah sekadar mewujudkan rasa gembira dan syukur kepada anak pada ulangtahun kelahirannya.
Kemudian, dia potong kek lagi untuk makan bersama kawan-kawan bermain di waktu petang di hadapan rumah.
Saya pula mahu berkongsi sedikit dengan kawan berbual santai di waktu petang. Potong cantik-cantik letak dalam bekas plastik putih. Lepas kelas membaca, waktu me time bersama kawan-kawan.
MasyaAllah, jiran pula membalas kek tadi dengan kuih talam ubi kayu. Sedap bukan main. Saya pula rasa dah macam kuih boko ubi kayu yang saya idam-idamkan. Alhamdulillah. Jiran depan rumah pula beri jambu susu. Syukur, alhamdulillah.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-18804736768283528112018-10-03T13:49:00.001+08:002018-10-09T09:18:33.898+08:00Ulangtahun Kelahiran AnakTeks: Faridah Yusof
Alhamdulillah. Hari ini genap anak yang sulung berumur 11 tahun.
Teringat waktu mahu bersalinkan anak yang sulung ini dahulu. Sewaktu itu kami tinggal di Kota Kinabalu, Sabah. Bersalin anak sulung di perantauan. Alhamdulillah, suami boleh temankan sewaktu bersalin. Bapa hanya dibenarkan menemani ibu bersalin apabila sudah dekat mahu bersalin. Dan syaratnya bapa tersebut telah hadir ke kursus 'Father friendly' yang dianjurkan pihak hopital serta tidak fobia kepada darah.
Anak ini dilahirkan pada bulan Ramadan. Masih teringat suasana sunyi di kawasan bilik bersalin kerana sudah masuk waktu berbuka. Takut juga tinggal sendirian sambil menahan rasa sakit dari kontraksi yang sekejap-sekejap datang. Ada rasa macam nak bersalin. Ada rasa nak buang air kecil.
Akhirnya, saya panggil jururawat datang, takut terbersalin sendiri. Kelakar pula bila diingatkan kembali. Belum lagi kata jururawat. Bukaan belum cukup. Dipesan lagi supaya jangan teran. Sungguh suspen. Memang satu pengalaman baru ketika itu.
Hanya mampu berdoa dan penyerahan sebulat-bulatnya kepada Allah. Bibir tak lekang mengucap syahadah dan zikir-zikir mana yang teringat.
Allahuakbar, akhirnya setelah beberapa lama merasai sakit kontraksi bersalin, selamatlah anak ini dilahirkan. Alhamdulillah, tiada komplikasi. Bayi terus diletakkan di atas dada. Terasa kebesaran Allah, apabila tanpa perlu diajar, bayi kecil yang baru lahir ini tahu mencari susu ibu. Terkial-kial mahu menghisap susu ibu. Sungguh semulajadi.
MasyaAllah. Maha Besar Allah yang memberi nikmat cahayamata kepada hamba-hamba-Nya. Air mata mengalir, teringat begitulah agaknya susah payah ibu melahirkan aku dahulu. Allahu. Lepas bersalin dan dimasukkan wad, terus telefon mak.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah di atas segala nikmat.
Didoakan anak ini terus membesar dengan sihat, menjadi manusia yang beriman dan bertaqwa serta memberi banyak manfaat kepada manusia lain. Aamiin.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-69745542120001957832018-10-02T09:40:00.001+08:002018-10-09T09:02:47.410+08:00UPKK
Teks: Faridah Yusof
Minggu ini minggu peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Kafa (UPKK) untuk murid-murid tahun lima.
Termasuklah anak yang sulung.
Semoga anak-anak yang menduduki peperikasaan diberikan kemudahan dan ketenangan hati untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan.
Yang paling penting, anak-anak ini dapat memahami dan mengamalkan ilmu yang telah dipelajari dalam kehidupan mereka. Aamiin.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-61164022283955838162018-10-01T09:39:00.000+08:002018-10-09T08:54:50.571+08:00Rezeki Dapat Beli Anak Pokok Bayam BrazilTeks: Faridah Yusof
Saya selalu mengikuti tips menanam dari group facebook seperti Kebun Bandar, Mari Tanam Sayur.
Ramai yang berkongsi tips dan cara menanam di situ.
Di samping itu, saya dapat belajar tentang tanaman yang mudah di tanam di dalam pasu atau bekas yang kecil bagi mereka yang tiada kawasan bertanah yang luas.
Antara tanaman yang saya sangat mahu tanam ialah sayur bayam brazil. Rupanya tidak sama macam bayam yang biasa ditanam dan dijual di kedai. Daunnya kecil sahaja. Boleh dimakan begitu sahaja sebagai salad, digoreng atau dibuat sup sayur.
Alhamdulillah, pagi tadi dapat saya membeli bayam brazil ini dari seorang surirumah yang menjual anak pokok. Siap hantar ke rumah. Satu polibag RM 6. Suri tersebut juga ajar cara untuk biakkan bayam brazil ini. Mudah sahaja rupanya. Hanya gunakan batangnya.
Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Akhirnya dapat juga lihat sendiri rupa bayam brazil ni.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-29990861080602872102018-09-30T09:40:00.000+08:002018-10-08T16:26:06.972+08:00Rezeki Laksa Pangkor dan Buah PisangTeks: Faridah Yusof
Hari ini masih tidak sihat. Lemah terasa seluruh badan. Hanya berehat di katil. Mahu menulis atau membaca juga tidak berdaya.
Di waktu ini, hanya zikir dan fikir sahaja yang jadi teman paling nyaman.
Selera juga tidak ada.
Pagi ini, minum air koko Radix IQ, telur rebus dan sedikit buah.
Waktu tengahari, suami masak untuk anak-anak. Saya menjamah sesuap dua sahaja.
MasyaAllah sebelah petangnya jiran sebelah hantar laksa pangkor. Biasanya laksa pangkor dimakan bersama kuah sup ketam. Tapi jiran tidak gemar laksa bersup ketam. Lebih suka kuah ikan.
Alhamdulillah, mulanya menjamah sedikit. Mungkin juga lapar dan mungkin juga rasanya yang sedap. Selera terbuka dan makan banyak juga.
Suami pula bawa dari rumah mertua, bawa banyak pisang minyak dan pisang abu. MasyaAllah. Syukur pada_Nya di atas rezeki yang banyak hari ini.
Anak-anak sudah buat permintaan cucur pisang dan muffin. InsyaAllah. Semoga ada kesempatan untuk buatkan. Aamiin.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-25011150758998893872018-09-29T09:27:00.000+08:002018-10-08T15:46:39.584+08:00Diuji Dengan KesakitanTeks: Faridah Yusof
Semasa suami berkursus di Kuala Lumpur baru-baru ini, sayalah yang perlu menghantar dan menjemput anak ke sekolah.
Selain itu, seorang sahabat juga meminta pertolongan menghantar dan menjemput anaknya yang sama kelas dengan anak saya. Bapanya juga perlu bertugas di luar kawasan. Dan sahabat saya ini pula baru sehari bersalin.
Memang mencabar juga kerana saya perlu menjaga masa dengan begitu teliti. Terutama waktu mahu menjemput anak-anak ini dari sekolah. Mereka tamat kelas tambahan jam 6.00 petang. Saya pula ada kelas membaca jam 6.15 petang.
Berdoalah saya ini memohon Allah beri kemudahan dan kelancaran trafik sepanjang perjalanan. Anak-anak yang kecil saya awal-awal suruh duduk elok-elok dalam kereta. Memang tegas sahaja. Ala tentera. Tiada gurau senda.
Ada satu petang sedang saya agak tergesa-gesa. Dengan perut yang semakin kedepan dan membesar ini, kaki saya tidak dapat menekan pedal 'clutch' untuk menukar 'gear'. Saya menyengetkan badan dan menolak kaki kiri lebih ke dalam. Nah, akibatnya kaki, peha, betis dan akhir sekali bawah perut terasa tegang dan menyakitkan.
Hanya Allah sahaja yang tahu betapa saya sedang menahan kesakitan waktu itu. Saya gagahkan juga memandu sehingga sampai ke rumah. Turun perlahan-lahan dari kereta dan masuk ke dalam rumah dengan tangan menahan sakit di bawah perut.
Ambil minyak but-but dan saya lumurkan ke keseluruhan kaki kiri yang sakit. Selepas itu saya baring dan berehat.
Dan kepala macamana lah nak jemput mereka petang ini dan hari seterusnya, Hanya kepada Allah saya memohon bantuan.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-46270741360327105222018-09-28T09:27:00.000+08:002018-10-08T08:41:31.321+08:00Suami Pulang Dari KursusTeks: Faridah Yusof
Suami berkursus seminggu di Kuala Lumpur.
Anak-anak yang kecil dan belum faham, setiap hari bertanya soalan tentang ayahnya. Pantang terdengar bunyi motor lalu di depan rumah. Mesti ingat motor ayahnya. Berlari ke pintu mahu tengok. Setiap hari bertanya soalan yang sama.
"Ayah mana?"
"Ayah kerja."
"Kenapa ayah belum balik?"
"Ayah tidak balik, ayah kerja jauh di Kuala Lumpur."
Syukur juga tiada yang meragam menangis malam-malam mencari ayah.
Tidak dapat dibayangkan, anak-anak yang ayahnya bertugas jauh di lautan samudera atau di angkasa.
Ada yang berbulan-bulan tidak berjumpa. Ada yang setahun tidak bertemu kerana ayahnya bertugas di Lubnan.
Ada seorang anak murid di kelas membaca, ayahnya sudah berada di Lubnan hampir setahun. Dan akan balik tidak lama lagi. Setiap hari dia bercerita, ayahnya akan balik tidak lama lagi. Nanti, dia akan bercuti sehari dari kelas untuk pergi menjemput ayahnya pulang. Dapat saya rasakan dia begitu teringat dan rindu kepada ayahnya.
Alhamdulillah. Suami sudah pulang dari kursus. Anak-anak paling gembira. Habis beg ayahnya dibuka. Bergurau senda, panjat belakang ayahnya macam selalu. Naik belakang ayahnya macam naik kuda. Aduhai anak.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-29024255938533481182018-09-27T09:26:00.000+08:002018-10-08T08:15:49.005+08:00Rezeki Rak Buku Stail KoreaTeks: Faridah Yusof
Dapat panggilan telefon dari suami yang berkursus seminggu di Damansara, Kuala Lumpur. Pesannya, tunggu hari ini ada kurier akan hantar barang. Buka dan semak barang yang ada samada cukup atau sebaliknya.
Apalah agaknya barang yang akan dipos.
Lebih kurang jam 2.10 minit petang, sebuah lori kurier membunyikan hon berulang kali di depan rumah. Saya memang sudah bersedia tudung dan jubah di tepi, sarung dan terus keluar.
Setelah menandatangani dokumen terima, saya bawa masuk bungkusan.
Seperti yang disuruh suami untuk buka bungkusan dan semak kandungannya.
Rupanya rak buku. Rak buku DIY stail Korea. Alhamdulillah. Sementara anak tidur, saya cuba pasangkan besi-besi dan plastiknya.
Terharu pula rasa. Tak sangka suami belikan rak buku untuk gantikan rak buku saya yang patah dipijak anak baru-baru ini. Syukur alhamdulillah.
Suka dengan desainnya. Lain kali jika perlu berpindah, rak ini boleh dibuka dan dipasang semula.
Harganya juga murah. Lebih kurang RM 40.00 termasuk pos. Suami rupanya beli dari LAZADA. Ada lapan ruang kotak buku.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-76639552522741088462018-09-26T09:25:00.000+08:002018-10-07T21:02:19.691+08:00Dapat Nasi Lemak Di Pagi HariTeks: Faridah Yusof
Anak-anak yang kecil masih tidur. Suami dan anak sulung sudah keluar tadi.
Saya seperti selalu, menyiram pokok. Menikmati indah alam dan kehijauan daun-daun dari kebun kecil di depan rumah.
Nampak banyak rumput-rumput kecil dicelah pokok bunga jepun pink yang menghiasi tanah. Saya cabut dan masukkan ke bekas untuk buat kompos.
Sedang asyik mencabut rumput, sebuah motosikal berhenti di tepi. Rupanya salah seorang jiran.
Dia menghulurkan sebuah beg plastik berisi bekas makanan. Nampak mahu cepat sahaja. Tidak sempat berbual panjang. Saya ucap terima kasih dan berbalas senyuman. Dia terus ke rumah selang dua pintu dari rumah saya. Juga dihulurkan bungkusan yang sama.
Selesai mencabut rumput, terus masuk ke dalam.
Alhamdulillah. Nasi lemak rupanya. Berkongsilah saya dan anak-anak yang ada di rumah.
Alhamdulillah. Sudah lama tak makan nasi lemak. Hari ini dapat menikmatinya. Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberikan kebaikan yang banyak kepada jiran tadi. Aamiin.Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-19907676633122055242018-09-25T09:25:00.000+08:002018-10-07T20:51:23.054+08:00Keputusan Ujian Minum Air GulaTeks: Faridah Yusof
Telefon bimbit berbunyi sedang saya sibuk memasak di dapur.
Di skrin tiada paparan nama. Tetapi dari nombornya, ia menunujukkan, panggilan tempatan.
Saya menjawab panggilan, rupanya dari klinik.
Pemanggil tentunya salah seorang staff klinik, memaklumkan keputusan darah sudah sampai.
Berdebar juga hati. Apa agaknya keputusan darah yang mahu dikhabarkan. Adakah saya menghidap diabetes kali ini?
Staff memaklumkan, keputusan darah agak baik, cuma....
Allahu..syukur alhamdulillah. Saya tidak ada diabetes kali ini. Terima kasih Ya Allah di atas kesihatan yang baik ini.
Cuma keputusan HB agak rendah berbanding sebelum ini. Maka, saya dicadangkan untuk makan makanan yang dapat meningkatkan HB seperti kerang, sayur-sayuran hijau.
InsyaAllah.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-89448073121710906512018-09-24T09:24:00.000+08:002018-10-07T20:37:02.554+08:00Kursus Kaedah Mengajar Bacalah Anakku di Seri Manjung
Khas untuk ibubapa dan guru yang mencari kaedah mengajar membaca yang cepat dan berkesan.
November ini, dibawakan kepada anda Kursus Intensif Kaedah Mengajar Bacalah Anakku di Seri Manjung, Perak.
Kursus akan disampaikan sendiri oleh penulis dan pengasas Bacalah Anakku dan Readeasy.
Jangan lepaskan peluang. Bukan selalu mereka dapat turun ke Seri Manjung.
Untuk mendapatkan kaedah dan teknik yang betul dan berkesan mengajar anak membaca, hadiri Kursus Intensif Kaedah Mengajar Bacalah Anakku di:
Lokasi: Seri Manjung, Perak
Tarikh: 24 November 2018 (Sabtu)
Masa:9.00 pagi-5.00 petang
Yuran : RM 170 seorang
Dapatkan DISKAUN RM 10 bagi penyertaan berkumpulan/ 2 orang ke atas.
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran,
hubungi :
Cikgu Farah 012-5940646
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-155820383119129849.post-3110331995454806132018-09-23T15:03:00.000+08:002018-09-24T15:09:40.428+08:00Buat Biskut RoselleTeks: Faridah Yusof
Hari ini anak-anak buat permintaan mahu biskut.
Teringat ada puri roselle yang baru dibuat semalam. Jadi, inilah masa untuk berkarya lagi.
Kita guna bahan-bahan yang ada. Minyak masak, gula tebu organik, puri roselle, telur, tepung beras, tepung ubi dan tepung jagung.
Minyak masak digaul dengan gula tebu sehingga sebati. Masukkan telur dan kacau sebati. Masukkan pula puri roselle. Akhir sekali masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga adunan menjadi doh yang lembut.
Bulat-bulatkan dan tekan dengan garpu. Hiaskan dengan biji badam halus.
Alhamdulillah.
Anak-anak suka dan habis licin tak tinggal habuk.
Syukur.
Si kakak bertanya. Kenapa biskut ni warna ungu, roselle kan warna merah?
Mama pun tak pasti kenapa warnanya menjadi ungu. Mungkin setelah dicampurkan tepung dan dibakar, maka warnanya berubah menjadi warna ungu.
Gambar: Adik yang tidak sabar mahu menjamah biskut yang baru keluar oven.
Faridah Yusofhttp://www.blogger.com/profile/00018053090252750133noreply@blogger.com0