Khamis, 20 Februari 2014

Jadi pemandu keluarga

Teks : Faridah Yusof

Bismillah.

Bermula tahun 2014, saya menghantar dan menjemput anak-anak dan suami setiap hari. Hari-hari memang sangat produktif sehingga saya tidak sempat lansung membuka komputer.

Sepanjang menjemput dan menghantar mereka, pelbagai situasi dan pengalaman dapat dirasai. Tempat kami dekat dengan Hospital Seri Manjung, jadi selalu terserempak dengan ambulans. Terpandang sahaja ambulans , terus saya teringat kepada sahabat yang dikasihi Allah, sering mengingatkan jika ternampak ambulans, doakan pemandu dan petugas serta pesakit didalamnya sentiasa dirahmati dan dipermudahkan urusan mereka. Indahnya ajaran Islam, mengajarkan umatnya berdoa untuk orang lain.

Tidak kurang juga pengalaman anak-anak meragam dalam kereta. Tambah pula baby Darwisy mahu menyusu. Beberapa kali, saya terpaksa mencari tempat berhenti kereta untuk menyusukannya.

Sungguh pengalaman menjadi pemandu bersama bayi kecil ini, membuat saya benar-benar meletakkan pergantungan hanya kepada Allah. Allah jua yang menentukan apa jua takdir untuk saya dan keluarga sewaktu di jalanan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...