Ahad, 11 Mei 2014

Positif selalu.

Teks: Faridah Yusof

Bismillah.

Pernahkah anda bertemu dengan seseorang yang sangat baik, menyenangkan hati anda, mudah berurusan dengannya dan seronok bekerjasama dengannya? Bagaimana perasaan anda?

Bagaimana pula perasaan anda apabila bertemu dengan seseorang yang buruk perangainya, sangat melemaskan dan menjengkelkan dan anda sangat tertekan bila bekerjasama dengannya?

Alangkah bagusnya jika kita boleh memilih dengan siapa untuk kita berjumpa, berurusan dan bekerjasama dengan mudah. Kita boleh pilih sahaja yang baik-baik, yang senang berbincang dan yang menyenangkan hati.

Namun hakikat kehidupan di dunia, tempat kita diuji, kita tidak ada kuasa memilih dengan mudah dengan siapa yang kita akan jumpa setiap hari. Jadi apa yang boleh kita buat?

Terimalah dengan lapang dada dan hati terbuka menerima setiap individu yang kita temui sepanjang hari. Berilah kerjasama dengan fikiran positif dan tenang. Boleh jadi, kita tidak suka kepadanya, namun boleh jadi ia baik untuk kita. Boleh jadi sesuatu yang kita suka, namun sebenarnya tidak baik untuk kita.

Pilihlah untuk berfikiran positif. Pandanglah dengan mata hati. Kita semua sedang belajar.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...