Ahad, 30 Mac 2014

Membuat pilihan

Teks : Faridah Yusof

Bismillah.

Setiap hari, kita pasti berhadapan dengan cabaran samada di rumah, di tempat kerja atau di mana sahaja.

Kita juga berhadapan dengan pelbagai ragam dan karenah orang di sekeliling kita.

Bagaimana berhadapan cabaran dan terus positif?

Kita ada PILIHAN dan kitalah orang yang membuat pilihan.

Kita boleh pilih untuk memberi respon kepada setiap perkara yang berlaku di sekeliling kita.

Contoh 1:

Anak meragam. Mahu itu ini.

Pilihan yang kita ada:

1. Marah dan geram dengan karenah anak yang meragam. Lalu , kita pun cubit atau menjegilkan mata.
2. Senyum dan sabar kerana anak-anak perlukan perhatian. Peluk dan cium anak serta berkata dengan lembut namun tegas.

Contoh 2:

Sahabat kita bercerita sesuatu perkara yang tidak elok tentang seorang sahabat kita yang lain.

Pilihan yang kita ada:

1. Mendengar dan turut menyokong cerita
2. Tidak mahu mendengar dengan menukar topik lain.
3. Tidak mahu mendengar dan menasihati kawan agar tidak bercakap lagi tentang keburukan orang lain.

Contoh 3:

Dengan duit RM 50, mahu buat apa?

Pilihan yang kita ada:

1. Belanja dan simpan
2. Sedeqah dan simpan
3. Sedeqah
4. Simpan
5. Belanja semuanya.

Berdoalah kepada Allah supaya membantu kita dalam membuat pilihan yang tepat. Hanya kepada Allah tempat meminta pertolongan dan petunjuk.

Sabtu, 29 Mac 2014

Kebaikan Menyusukan Anak Buat Saya

Teks : Faridah Yusof

Bismillah.

Alhamdulillah. Allahuakbar.
Syukur tidak terhingga kerana masih diberi peluang menyusukan anak kecil yang ketiga. Alhamdulillah, enam bulan pertama dapat susukan si manja sepenuhnya.

Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terhingga. Perjalanannya bukan mudah, sangat menuntut kesabaran dan sokongan dari suami dan keluarga.

Bekerja dari rumah membolehkan saya menyusukan bayi secara terus (direct breastfeeding) dan mengikut keperluan bayi (breastfeed on demand). Bunyinya seperti mudah sahaja, namun tetap ada cabarannya.

Banyak kebaikan menyusukan bayi dengan susu ibu. Antara kebaikan yang saya rasai sendiri:

1. Menjadikan saya seorang yang peka terhadap pengambilan makanan seharian, makan secara lebih teratur dan cenderung kepada makanan yang sihat dan seimbang.

2. Lebih mudah apabila bermusafir kerana susu sentiasa tersedia, saya tidak perlu bawa botol susu dan lain-lain keperluan penyusuan.

3. Berat badan kembali kepada berat sebelum mengandung.

4. Waktu menyusukan bayi, saya boleh rehat sebentar, merasa tenang dan boleh buat perkara yang saya suka seperti membaca.

Alhamdulillah.

Saya doakan lebih ramai ibu dapat menyusukan anak-anak dengan susu ibu dan dimudahkan urusan penyusuan.

Rabu, 5 Mac 2014

Memaafkan orang lain

Teks: Faridah Yusof

Bismillah.

Memaafkan orang yang telah menyakitkan atau melukakan hati kita bukanlah sesuatu perkara yang mudah, namun ia boleh dilatih.

Latihan yang dicadangkan:

Setiap hari sebelum tidur, cakap pada diri dan berdoa...Ya Allah, dia....( nama orang tersebut) telah menyakitkan hati saya. Namun hanya keranaMu Ya Allah, saya memaafkan dia. Ampunkan dosa2ku dan dosa2nya. Berikan kami petunjuk dan hidayahMu dan jadikan kami dari kalangan orang2 yang diterima taubat.

Bila kita sudah biasa memaafkan orang lain, hati kita jadi imun pada kata2 atau apa sahaja yg boleh menyakiti hati dan perasaan. Kita juga tidak mudah menyimpan dendam. Bahkan kita akan merasa simpati dan kasihan pada orang tersebut.

Jangan lupa..maafkan diri kita juga kerana seringkali terlalai dari mengingatiNya, kita juga sering meragui kemampuan diri.

Renungan buat diri : Jika satu ketika saya sendiri menyakitkan hati orang lain tanpa saya sengaja dan saya sedari, dan dalam diam orang tersebut memaafkan saya kerana Allah. Aduhai, alangkah leganya saya kerana dia telah memaafkan kesalahan saya. Alangkah indahnya saling memaafkan.

Sumber: Kesimpulan dari ceramah, bacaan dan audio ceramah oleh beberapa orang ustazah dan pakar motivasi.

Selasa, 4 Mac 2014

Jerebu


Teks: Faridah Yusof

Bismillah.

Tentang semalam.

Pagi tadi, semasa menghantar anak-anak ke sekolah dan suami ke tempat kerja, keadaan nampak mendung sahaja. Kami ingatkan kabus, rupa-rupanya jerebu.

Menjelang tengahari, mata mula terasa pedih dan tekak terasa kering. Dalam keadaan cuaca begini, memang kuranglah aktiviti di luar rumah.

Matahari juga nampak seperti bulatan berwarna merah.

Rupanya Klang, Selangor dan Seri Manjung, Perak mempunyai bacaan indeks udara yang agak tinggi.

Ada sahabat di fb telah kongsikan pesanan dari Kementerian Kesihatan berkaitan tindakan yang perlu diambil semasa jerebu. Jom kita baca.


Ahad, 2 Mac 2014

Perkongsian dari Alkulliyah tajuk Abdul Rahman Bin Auf

Teks : Faridah Yusof

Bismillah.

Alhamdulillah, saya berkesempatan menonton Al Kulliyah yang mengupas tentang Abdul Rahman Bin Auf.

Saya sangat tertarik dengan tips yang dikongsikan oleh ustaz di dalam ceramahnya iaitu tips untuk mendorong anak menjadi seorang yang suka bersedeqah dan suka berkongsi makanan.

Antara tips yang saya sempat catat:

♥Peniaga/ usahawan perlu sabar. Sabar dalam mentaati perintah Allah, sabar menghadapi musibah dan sabar dalam mengelak maksiat sepeti rasuah dll.

♥Tips dorong anak suka bersedekah ----> bila pergi masjid, sediakan syiling atau duit untuk anak masukkan ke tabung masjid.

♥Galakkan anak berkongsi makanan supaya anak rasa seronok berkongsi makanan.

♥Jika dalam poket kita ada RM 50.20, nak sedekah kat tabung masjid RM 50 atau RM 0.20, yang mana satu kita sedekah itulah milik kita.

Sabtu, 1 Mac 2014

Thinker Toy Robot

Teks : Faridah Yusof

Bismillah.

Alhamdulillah. Dalam kesibukan, Allah beri peluang menemani anak-anak bermain sebentar. Kasihan pada anak-anak. Sewajarnya pada usia emas mereka, saya beri lebih perhatian dan tumpuan. Astagfirullah. Rasa benar-benar bersalah.

Anak-anak sangat seronok dapat bermain Thinker Toy, set permainan pembinaan yang boleh dibentuk menjadi robot. Saya biarkan anak-anak mereka dan membina robot mereka sendiri. Biar mereka bebas berimaginasi walaupun ada disertakan panduan bergambar langkah demi langkah untuk membentuk lima jenis robot yang berbeza.

Saya perhatikan pula bila ayah mereka turut bermain sekali. Ayahnya lagi kreatif. Dari robot terus menjadi kereta robot. Anak-anak lebih teruja. Nampak sangat mama tak kreatif. Bukan tak kreatif sebenarnya, tapi dalam kepala terlalu banyak perkara sedang difikirkan. Mama oh mama.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...