Teks: Faridah Yusof
Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, malam ini saya berpeluang menaip.
Hari ini hari ke 24 hari saya berpantang. Berpantang sendiri di rumah bersama tiga orang anak yang aktif, sememangnya sangat mencabar. Saya bersyukur, suami banyak membantu.
Ada masanya, saya juga berasa sedikit tertekan kerana tidak dapat memberi layanan yang baik kepada anak-anak dalam keadaan diri yang belum begitu sihat dan kuat.
Dua minggu selepas bersalin merupakan minggu yang sangat memenatkan sedangkan waktu itu sepatutnya ibu yang baru bersalin perlu banyak berehat. Saya akan tulis berkenaan hal tersebut.
Namun, saya sangat bersyukur kerana dapat menyusukan anak dengan baik. Anak juga menyusu dengan kerap.
Sesi menyusu menjadi sesi terapi buat saya. Sambil menyusukan anak, saya pasangkan bacaan Al-Quran atau zikir. Saya juga bermain dengan jari-jari kecil anak. Melihat wajah anak sedang menyusu sambil mendoakan yang baik-baik buatnya juga menjadi satu terapi. Terlupa sebentar kepada rumah yang bersepah-sepah.
Salam Maal Hijrah.
Memaparkan catatan dengan label Penyusuan Susu Ibu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Penyusuan Susu Ibu. Papar semua catatan
Selasa, 13 Oktober 2015
Sabtu, 29 Mac 2014
Kebaikan Menyusukan Anak Buat Saya
Teks : Faridah Yusof
Bismillah.
Alhamdulillah. Allahuakbar.
Syukur tidak terhingga kerana masih diberi peluang menyusukan anak kecil yang ketiga. Alhamdulillah, enam bulan pertama dapat susukan si manja sepenuhnya.
Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terhingga. Perjalanannya bukan mudah, sangat menuntut kesabaran dan sokongan dari suami dan keluarga.
Bekerja dari rumah membolehkan saya menyusukan bayi secara terus (direct breastfeeding) dan mengikut keperluan bayi (breastfeed on demand). Bunyinya seperti mudah sahaja, namun tetap ada cabarannya.
Banyak kebaikan menyusukan bayi dengan susu ibu. Antara kebaikan yang saya rasai sendiri:
1. Menjadikan saya seorang yang peka terhadap pengambilan makanan seharian, makan secara lebih teratur dan cenderung kepada makanan yang sihat dan seimbang.
2. Lebih mudah apabila bermusafir kerana susu sentiasa tersedia, saya tidak perlu bawa botol susu dan lain-lain keperluan penyusuan.
3. Berat badan kembali kepada berat sebelum mengandung.
4. Waktu menyusukan bayi, saya boleh rehat sebentar, merasa tenang dan boleh buat perkara yang saya suka seperti membaca.
Alhamdulillah.
Saya doakan lebih ramai ibu dapat menyusukan anak-anak dengan susu ibu dan dimudahkan urusan penyusuan.
Bismillah.
Alhamdulillah. Allahuakbar.
Syukur tidak terhingga kerana masih diberi peluang menyusukan anak kecil yang ketiga. Alhamdulillah, enam bulan pertama dapat susukan si manja sepenuhnya.
Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terhingga. Perjalanannya bukan mudah, sangat menuntut kesabaran dan sokongan dari suami dan keluarga.
Bekerja dari rumah membolehkan saya menyusukan bayi secara terus (direct breastfeeding) dan mengikut keperluan bayi (breastfeed on demand). Bunyinya seperti mudah sahaja, namun tetap ada cabarannya.
Banyak kebaikan menyusukan bayi dengan susu ibu. Antara kebaikan yang saya rasai sendiri:
1. Menjadikan saya seorang yang peka terhadap pengambilan makanan seharian, makan secara lebih teratur dan cenderung kepada makanan yang sihat dan seimbang.
2. Lebih mudah apabila bermusafir kerana susu sentiasa tersedia, saya tidak perlu bawa botol susu dan lain-lain keperluan penyusuan.
3. Berat badan kembali kepada berat sebelum mengandung.
4. Waktu menyusukan bayi, saya boleh rehat sebentar, merasa tenang dan boleh buat perkara yang saya suka seperti membaca.
Alhamdulillah.
Saya doakan lebih ramai ibu dapat menyusukan anak-anak dengan susu ibu dan dimudahkan urusan penyusuan.
Isnin, 4 November 2013
Saat Indah Kala Menyusukan Bayi
Teks : Faridah Yusof
Bismillah.
Alhamdulillah. Allah beri peluang kepada saya untuk menyusukan anak ketiga.
Setiap kali menyusukan si manja, saya suka berinteraksi dengannya.
Saya tanya dan sebut beberapa bahagian anggota badan seperti ini :
~ Ini apa ?
~ Ini hidung / telinga / mata dan sebagainya.
Saya cerita tentang ahli keluarga seperti :
~ Ayah sudah pergi kerja.
~ Kakak Jiha ke sekolah.
Saya juga mengucapkan kata-kata positif seperti:
~ Kamu anak yang soleh
~ Kamu anak yang sihat
Biarpun bayi belum berkata-kata, namun dari matanya yang memandang tepat ke wajah serta senyumannya seolah-olah memahami kata-kata saya dan ini menjadikan waktu penyusuan adalah saat yang indah.
Selain daripada bercakap-cakap dengan bayi, waktu penyusuan menjadi tenang apabila turut dikumandangkan bacaan ayat al-quran, zikir-zikir dan nasyid-nasyid.
Adakalanya, saya memilih membaca buku sambil menyusukan.
Adakalanya saya tertidur bersama bayi saya.
Alhamdulillah. Ini sebahagian dari nikmat dari Allah dalam usaha untk meransang minda dan perkembangan kognitif si manja. InsyaAllah.
Ahad, 3 November 2013
Jemputan ke Perjumpaan Kumpulan Sokongan Susu Ibu Perak
Teks : Faridah Yusof
Bismillah.
Pada 9 November 2013 ini ( Sabtu ), akan diadakan perjumpaan bersama-sama Kumpulan Sokongan Penyusuan Susu Ibu Perak di Hospital Pakar KPJ Ipoh. Perjumpaan bermula jam 2.45 petang sehingga jam 5.00 petang. Kemasukan adalah percuma dan tidak perlu mendaftar.
Semua dijemput hadir termasuk bakal ibu bapa, para ibu bapa , kakitangan kesihatan dan sesiapa juga yang menyokong penyususan susu ibu.
Pada pertemuan kali ini, Kumpulan Sokongan Penyususan Susu Ibu Perak akan memberi tumpuan kepada topik berikut :
1. penyusuan susu ibu dan rahsia penyusuan yang belum anda ketahui
2. penggunaan gendong bayi dan rahsia untuk sentiasa akrab dengan anak
Selain dapat berkongsi maklumat dan pengalaman, pertemuan ini juga diharapkan dapat mengeratkan silaturrahim sesama penyokong penyusuan susu ibu di negeri Perak.
Ahad, 20 Oktober 2013
Dua Bulan Yang Berlalu
Teks : Faridah Yusof
Bismillah.
Agak lama saya saya tidak menulis di blog ini, hampir 3 bulan saya kira.
Sejujurnya, setiap hari saya ingin menulis kerana banyak yang ingin dikongsikan. Namun kekangan masa dan keutamaan tugas-tugas lain membuatkan penulisan saya terhenti seketika. Melihat kembali kehidupan saya pada 2 bulan yang lalu, saya merasa sangat bersyukur.
Alhamdulillah pada bulan Ramadan yang lalu, ahli keluarga kami bertambah lagi. Saya telah melahirkan seorang bayi lelaki seberat 3.6kg di Hospital Seri Manjung. Bayi saya hampir sahaja dilahirkan melalui kaedah pembedahan kerana risiko dijangkiti kuman disebabkan oleh 'leaking' air ketuban melebihi 24 jam tanpa saya sedari. Alhamdulillah, berkat doa suami, ahli keluarga dan para sahabat saya dapat melahirkan secara normal. Sungguh, proses kelahiran kali ini memberi banyak kenangan dan pengajaran buat saya.
Setelah 3 hari berada di rumah, anak saya kembali lagi ke hospital dan menerima rawatan di ICU Hospital Manjung kerana 'jaundice' dan jangkitan kuman. 5 hari saya berhari raya di hospital. Sungguh ini juga tarbiyah buat diri saya. Saat saya merasakan diri diuji, di hospital saya lihat ada ujian yang lebih berat lagi buat ibu-ibu lain terutama ibu yang melahirkan bayi pramatang dan sebagainya. Sungguh, 5 hari itu mengajar saya erti sabar dan syukur.
Apabila diberitahu doktor pakar, anak saya sudah boleh dibawa pulang, saya mengucap syukur yang tidak terhingga. Walaupun begitu, anak saya perlu dipantau bacaan kuningnya di klinik kesihatan. Setelah sebulan berlalu, 'jaundice' yang dialami oleh anak saya masih belum turun. Pelbagai petua untuk mengurangkan kuning bayi dicadangkan kepada saya dan suami. Kami cuba setakat yang kami fikirkan sesuai untuk bayi yang berusia satu bulan. Namun, tiada perubahan pada anak .
Akhirnya doktor mengesahkan 'prolonged jaundice', darah dan air kencing anak saya diambil dan dihantar ke makmal untuk ujian. Berdebar-debar hati menunggu keputusan ujian darah dan air kencing. Alhamdulillah, doktor memaklumkan hasil dari ujian darah, didapati semuanya normal, tiada sebarang masalah pada hati anak. Syukur tidak terhingga kepadaNya.
Namun begitu kuning anak berlanjutan hingga usianya 2 bulan. Sungguh ia tempoh yang lama bagi saya berbanding pengalaman anak pertama dan kedua yang mana kuningnya hilang selepas 1-2 minggu. 'Jaundice' ini dikategorikan oleh doktor sebagai 'breastmilk jaundice'. Sesetangah doktor biasanya memberi saranan agar ibu menghentikan penyusuan sementara waktu dan digantikan dengan susu formula. Alhamdulillah doktor yang saya temui menggalakkan penyusuan susu ibu seiring dengan pendirian saya yang mahukan penyusuan ekslusif pada bayi saya selama 6 bulan pertama kerana saya yakin bahawa susu ibu yang terbaik buat anaknya.
Kini saya sudah mula memperkenalkan anak saya dengan huruf hijaiyyah. Saya menggunakan kad imbas untuk mengajarnya. Saya begitu teruja apabila anak saya memberi respon dengan memandang kepada kad huruf hijaiyyah yang diimbaskan kepadanya. Saya mahu memanfaatkan usia emas anak ini dengan sebaiknya. InsyaAllah di lain catatan, saya akan kongsikan cara mengajar anak huruf hijaiyah seawal satu bulan.
Ahad, 14 Julai 2013
Perkongsian dari Semanis Kurma tentang Ibu Bapa Genius
Teks : Faridah Yusof
Bismillah.
Pada hari Khamis, 11 Julai 2013 yang lalu, alhamdulillah saya berpeluang menonton rancangan Semanis Kurma yang bertajuk " Ibu Bapa Genius".
Berikut adalah perkongsian yang sempat saya catat dari program tersebut. Semoga kita sama-sama dapat belajar dan mengambil manfaat dari perkongsian tersebut.
=========================================================
# Ayah mesti ada komunikasi yang baik dengan anak...
# Ibubapa perlu beri contoh pada anak-anak.
# Anak
yang cerdik banyak bertanya..ibu bapa jangan sekat anak bertanya.
# Bagi
galakan untuk anak bertanya dengan memberi respon seperti bertanya semula
kepadanya. Jangan sekat pemikiran anak dengan memberi
reaksi supaya anak-anak jangan banyak bertanya, tetapi perlu beri
galakan (respon) bagi menjawab semua soalan mereka. Terapkan juga nilai
akidah dalam menjawab soalan anak-anak seperti kenapa buah kurma berkedut ? contoh jawapan seperti
berikut, "Ini adalah ciptaan Allah.."
# Anak-anak yang suka menconteng ialah anak-anak yang kreatif dan punya bakat tertentu...sediakan kertas banyak-banyak.
# Pesanan Luqman al-Hakim kepada anaknya...“Hai anakku, ketahuilah sesungguhnya
dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam di
dalamnya. Bila engkau ingin selamat agar jangan karam, layarilah lautan
itu dengan sampan yg bernama Takwa, isinya ialah Iman dan layarnya
adalah Tawakkal kepada ALLAH.”
# Ibu-ibu mengandung, jika tidak pandai membaca Al-Quran, perdengarkan bacaan ayat Al-quran..ada kesannya.
# Amalan semasa mengandung:-Ibu bapa perlu banyakkan membaca Al-Quran. Antara surah pilihan adalah:
a) Surah Al-Fatihah - untuk terang hati & kuat ingatan
b) Surah Maryam - untuk memudahkan ibu bersalin & memperoleh anak yang sabar & taat
c) Surah Luqman - untuk melahirkan anak yang cerdik akal & cerdik jiwa
d) Surah Yusof - untuk melahirkan anak yang cantik rupa & cantik akhlak
e) Surah Al-Hujurat - untuk memperbanyakkan susu ibu & melahirkan anak yang bersifat lebih berhati-hati
f) Surah Yasin - untuk ketenangan hati & menjauhi ganguan syaitan
# Jaga kelakuan suami isteri semasa mengandung
# Banyakkan makan makanan yang menjadi sunnah nabi semasa mengandung seperti kurma, kismis dan minum susu.
# Selepas kelahiran: ibu perlu menyusukan anak-anak dengan susu ibu (sehingga 2 tahun - atau sehingga yang mampu)
# Mulakan mengajar dan perkenalkan Al-Quran kepada anak-anak sewaktu mereka
masih kecil dan menggalakkan mereka menghafaz & memahami kandungan
Al-Quran, kerana Al-Quran itu mempunyai garis panduan lengkap dalam
meneruskan kehidupan di dunia & akhirat. Anak-anak juga akan mudah mendengar kata..insyaAllah anak mudah belajar dan mudah fokus.
# Mengikut kajian sains, lebih banyak anak-anak bermain, lebih banyak mereka belajar.
# Anak-anak biasanya belajar melalui 3 kaedah:
1. kinestetik (pergerakan)
2. visual (penglihatan)
3. audio (pendengaran)
# Oleh itu, ibu bapa perlu meneroka semua cara tersebut untuk mencari cara manakah yang paling sesuai dengan anak mereka.
# Ibubapa perlu kenal anak-anak dengan betul dan didik mereka secara berhikmah.
# Hikmah adalah tindakan yang sesuai, dengan
orang yang sesuai, kadar yang sesuai & pada waktu yang sesuai. Ia
membawa maksud bahawasanya pendekatan terhadap anak-anak adalah berbeza berdasarkan jiwa atau personaliti anak tersebut.
# Ibu bapa perlu menjadikan Luqman Al-Hakim sebagai idola dalam dunia keibubapaan.
"Dan sesungguhnya Kami telah memberi
kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (kami perintahkan kepadanya)
Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu). Dan sesiapa
yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk
dirinya sendiri; dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi
hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha
Terpuji" -Surah Luqman : Ayat 12
# Pendidikan gaya Luqman adalah secara menyeluruh (seimbang dunia & akhirat):
- Iman/Akidah
- Ibadah
- Akhlak
- Dakwah
# Menjadikan Luqman sebagai idola dalam
mendidik, seorang ayah itu perlu kerap berkomunikasi dengan anak-anaknya
(cth: bergurau, nasihat, galakan). Ketahuilah 50 Nasihat yang pernah
disampaikan oleh Luqman kepada anaknya.
# Moral dari kisah biji sawi di langit & di bumi yang diceritakan oleh Luqman kepada anaknya:
# Luqman menggunakan perumpamaan dalam mendidik supaya lebih jelas maksud yang ingin disampaikan.
# Luqman menanamkan kepada anak-anak nilai dosa & pahala sejak mereka kecil.
# Cabaran dalam mendidik anak-anak boleh dibahagikan kepada dua kategori:
- Luaran (Cth: hiburan)
- Dalaman (Cth: pengaruh keluarga dan ibu bapa)
# Kita perlu fokus kepada faktor dalaman, kerana dalaman yang baik akan menghasilkan luaran yang baik.
# Sebagai
ibubapa yang bertanggungjawab, kita perlu membekalkan kemahiran kepada
anak-anak kita. Ianya bukan sekadar kemahiran dalam akademik, malah
kemahiran untuk hidup di dunia & akhirat dengan berjaya.
# Contoh
kemahiran yang perlu diterapkan kepada anak-anak adalah:
~ Kemahiran menyelesaikan masalah
~ Kemahiran membuat pilihan
~ Kemahiran untuk berdikari & bergantung kepada Allah
# Bagaimana nak seimbangkan anak-anak berjaya dunia dan akhirat?
# Ibu bapa apabila marah, ajar atau apa2 juga yg kita buatkan utk anak perlu niat kerana Allah
# Kaitkan sesuatu yang duniawi dengan perkara yang boleh mendekatkan diri kepada Allah.contoh bila ajar..nombor..nombor 1: Allah itu satu, nombor 2: Allah jadikan mata ada 2, telinga ada 2
# Report card ibubapa adalah di akhirat nanti, bukan sekadar
pencapaian akademik anak-anak, bukan juga sekadar pekerjaan yang
dilakukan oleh anak-anak di dunia, malah ia menjangkau sehingga ke
Akhirat kelak, samada anak yang dilahirkan itu mampu menjadi anak yang
dirahmati Allah atau sebaliknya.
Bagi yang ingin menonton semula rancangan tersebut, boleh tengok di sini....
Semoga bermanfaat... (^_^)
Langgan:
Catatan (Atom)