Teks: Faridah Yusof
Semalam saya membaca buku bertajuk Psikologi Orang Berjaya tulisan Puan Ainon Mohd. Menarik.
Salah satu bab yang saya tertarik membacanya ialah tentang kreatif.
Kreatif adalah salah satu ciri orang berjaya.Kreativiti seseorang mempengaruhi pencapaian dalam kehidupannya.
Orang yang kreatif ialah orang yang berupaya menyelesaikan masalah demi masalah. Orang yang kreatif juga sentiasa berfikir secara kreatif mengikut ruang lingkup masing-masing.
Sebagai ibubapa juga perlu kreatif dan galak anak untuk menjadi kreatif. Setiap orang berpotensi untuk menjadi kreatif dan berfikir secara kreatif.
Berikut ada beberapa tip untuk menjadi kreatif atau berfikir secara kreatif:
1. berimaginasi, bayangkan tentang sesuatu
2. lukis atau tulis di dalam buku catatan, buku log, jurnal, 'dream book' dan sebagainya
3. cuba sesuatu yang baru
4. buat sesuatu yang menggembirakan anda
5. baca buku
6. cari kawan baru
7. bermusafir ke beberapa tempat, lihat cara orang lain bekerja
8. memerhati sekeliling, hidupan lai, tumbuhan dan sebagainya
9. berdoa kepada Allah supaya dikurniakan fikiran yang positif dan kreatif untuk memberi manfaat kepada orang lain
Sabtu, 31 Disember 2016
Jumaat, 30 Disember 2016
Syukurkah kita?
Teks: Faridah Yusof
Semalam, saya dan sahabat berusrah di atas talian melalui Whatsapp. Tajuk yang dipilih ialah syukur. Subhanallah. Alhamdulillah.
Bermula dengan memahami maksud syukur. Masing-masing memberi pandangan tentang apa yang difahami dari makna syukur. Saya memahami syukur dapat dilafazkan dengan ucapan Alhamdulillah. Sahabat-sahabat lain juga memberi sudut pandang masing-masing.
Banyak ayat Al-Quran yang menyentuh tentang syukur. Tentang sedikit dari kalangan manusia yang bersyukur. Allah, bab ini benar-benar menyentuh di dalam hati. Benarkah kita sudah bersyukur?
Selalunya kita bersyukur apabila dapat perkara yang menggembirakan sahaja. Ini mudah dan ramai mampu melakukannya. Bagaimana pula bila perkara yang tidak menggembirakan kita? Adakah mudah untuk kita melafazkan syukur kepada Allah di atas perkara tersebut. Sukar bukan?
Kami diminta menyenaraikan perkara-perkara yang kita syukuri walau ia sekecil perkara. Setiap hari tulis perkara yang kita bersyukur kepada Allah. Lazimi hingga 21 atau 44 hari. Jadikan ia satu tabiat. InsyaAllah kita melatih diri untuk selalu bersyukur.
Petang itu, sahabat berkongsi dapatan dari radio IKIM tentang syukur.
Orang yang bijak ialah orang yang melihat ke dalam diri, menghitung diri dan kemudian akan beramal untuk kehidupan selepas mati.
Bila kita susah, Allah nak kita belajar syukur atas kesusahan. Bila kita syukur, kita akan belajar redha.
Bila redha, pemikiran lebih jelas untuk merancang perjalanan seterusnya.
Salah satu modus operandi syaitan:-
1) Jauhkan kita dari rasa syukur
2) Dekatkan kita dengan rasa putus harapan

Khamis, 29 Disember 2016
Ke Majlis Ilmu
Teks: Faridah Yusof
Selepas Maghrib tadi, kami sekeluarga ke Masjid Daerah Manjung. Ada ceramah sempena Maulidurrasul. Seronok dapat dengar secara 'live' ceramah dari Ustaz Zul Ramli.
Di pembukaannya, Ustaz menyebut menghadiri majlis ilmu dapat menjauhi kita dari menzalimi diri sendiri. Majlis ilmu membawa rahmat dan rasa tenang di dalam hati. Pasang niat yang betul untuk hadir ke majlis ilmu.
Ustaz menyambung lagi, adakah kita merasa benar-benar beruntung menjadi umat Nabi Muhammad. Apabila berselawat kepada Nabi apakah kita dapat membayangkan bagaimana berbangganya menjadi umat Nabi Muhammad. Adakah kita benar-benar mengharap untuk bertemu Rasulullah nanti. Soalan-soalan dan kisah yang dibawakan oleh Ustaz menyentuh rasa dalam hati.
Kekuatan cinta, kekuatan dalaman yang mengatasi kekuatan fizikal. Sekuat mana rasa cinta kita kepada Rasulullah. Ada orang tidak peduli pun mahu berselawat kepada Nabi. Ya, di dunia mungkin kita tidak perlu. Tapi kita memerlukan syafaat dari Rasulullah di akhirat nanti. Ustaz berpesan tanamkan rasa cinta dan rindu untuk bertemu Rasulullah di dalam hati ahli keluarga.
Subhanallah. Ada banyak lagi yang Ustaz sampaikan, tapi tidak semua dapat saya dengar kerana memerhatikan anakanda Daniyal yang jalan-jalan di barisan para muslimat yang duduk mendengar ceramah.
Alhamdulillah. Syukur kepadaNya di atas nikmat ilmu pada hari ini.

Rabu, 28 Disember 2016
Apa Khabar Azam?
Teks : Faridah Yusof
Bismillah.
Bismillah.
Tinggal 3 hari lagi berbaki untuk 2016. Lihat semula planner 2016. Lihat kembali azam 2016. Alhamdulillah. Syukur. Ada beberapa matlamat sudah selesai. Ada beberapa matlamat belum selesai. Matlamat yang belum selesai, kita bawa ke 2017. Terus cabar diri untuk berusaha mencapai matlamat yang ditulis. Terus berdoa kepada Allah agar diberikan bantuan dan kemudahan dalam mencapai matlamat kehidupan di dunia dan demi akhirat yang kekal abadi.
Hidup di dunia yang sekejap ini memang tempat untuk bersusah-susah dan berpenat-penat. Biar banyak berbakti dan memberi manfaat. Biar banyak memberi makna kepada manusia lain.
Anak-anak sentiasa melihat ibu dan ayah. Itulah pendidikan paling awal. Ibu bapalah gurunya. Anak-anaklah cerminannya.
Mahu anak suka dan cinta Al Quran, ibu dan bapalah yang kena selalu membaca dan mengalunkan ayat Al Quran di dalam rumah. Inilah yang seringkali Ustaz dan Ustazah berpesan kepada ibu bapa. Mana mungkin anak-anak menjadi suka membaca Al Quran jika ibu dan ayahnya tidak pernah membaca Al Quran di rumah?
Azam baru 2017. Mahu tambah masa untuk terus akrab dengan Al Quran. Bergabung tenaga dengan sahabat usrah mencari guru tafsir Al Quran dan mempelawa lebih ramai ibu beranak kecil untuk turut memahami isi Al Quran sebagai petunjuk dan pedoman kehidupan. Aamiin ya rabbal'alamiin.

Selasa, 27 Disember 2016
Mencari Positif, Ceria dan Bahagia
Teks : Faridah Yusof
Agak lama juga blog ini tidak dikemaskini. Rindu sangat mahu menulis. Alhamdulillah, hari ini ada semangat yang membara setelah membaca 'posting' di facebook beberapa orang suri dari ABDR tentang blog. Aduhai, semangat yang membara. Mohon kekal membara sehingga terbit hasil penulisan yang pertama. (Azam 2017)
Hari ini sendiri, saya begitu aktif ke sana ke mari. Bawa anak ke klinik kesihatan ibu dan anak. Ramai juga para ibu di klinik tadi.
Kemudian, berjumpa rakan niaga emas, ambil gold bar yang dipesan oleh pelanggan. Selepas itu selesaikan urusan poslaju. Mujur agen poslaju dekat di rumah. Saya hanya jalan kaki ke kedai agen.
Balik rumah, anakanda Daniyal sudah menunggu. Dari tadi mahu menyusu agaknya. Airmata ada lagi di kelopak mata. Aduhai anak, mama juga tidak rela berjauhan lama dengan anakanda. Secepat kilat buat kerja. Tiada lengah-lengah atau lenggang kangkung.
Alhamdulillah, petang ini ada kesempatan mahu menjengah blog. Suami bawa anak-anak jalan-jalan sekejap.
Begitulah tugas ibu di rumah. Tugas tidak pernah habis. Penat lelah usah dipeduli. Urus emosi sebaiknya. Buat sehabis baik.
Lihat dan fokus matlamat utama. Mahu mencari redha Yang Maha Esa. Ingat sahaja Allah sentiasa Melihat. Ingat sahaja Malaikat tidak pernah tertidur dari mencatat segala amal perbuatan. Ada Malaikat yang tidak pernah terlewat atau terlupa mencabut nyawa. Itulah motivasi untuk kekal positif, ceria dan bahagiasebagai ibu bekerja di rumah atau sesiapa sahaja.
Wallahu'alam.

Sabtu, 10 Disember 2016
Meraikan bonda berangkat menunaikan Umrah
Teks: Faridah Yusof
Pada tengahari Selasa yang lalu, kami adik beradik bersama pasangan dan anak-anak menemani emak di KLIA sebelum berangkat menunaikan ibadah Umrah di Mekah. Suasana di ruang daftar masuk KLIA agak sibuk pada waktu tersebut.
Ada banyak kumpulan rombongan jemaah yang bakal terbang umtuk menunaikan umrah. Dapat lihat banyak bagasi sedang diurus untuk daftar masuk. Ada bermacam-macam warna mengikut agen atau syarikat yang menguruskan para jemaah. Ada bagasi yang berwarna biru muda, ada yang berwarna merah hitam, ada juga ungu dan ada yang hijau.
Turut memeriahkan suasana adalah ahli keluarga dari yang masih kecil hingga yang dewasa. Semua meraikan bakal jemaah umrah. Tenang dan penuh harapan wajah para bakal jemaah. Sejuk hati melihatnya.
Kapal terbang bonda kami dijadualkan berlepas ke Dubai pada jam 7.20 malam bersama penerbangan Emirates. Jam 6.30 petang, pihak agensi JAD Travel and Tours sudah memaklumkan supaya rombongan jemaah mesti sudah berkumpul untuk ke balai berlepas. Kami berpuas hati dan menyaksikan sendiri cara kerja pihak JAD Travels and Tours, teratur dan memuaskan.
Kami semua ambil peluang bersalaman dengan para jemaah berhampiran bonda. Bersalam dengan bonda dan mengucup pipi bonda. Ada rasa sebak dan air mata mula bergenang. Hanya doa dan penyerahan kepada yang Esa agar bonda kami sentiasa dalam jagaanNya. Semoga Allah berikan kesihatan, kesejahteraan dan kemudahan sepanjang berada di sana.
Apabila bayang bonda sudah tidak kelihatan, kami menuju pula ke Anjung Tinjau. Melihat deretan pesawat penerbangan yang bersusun di parkir masing-masing. Juga melihat keretapi yang membawa para penumpang pesawat ke balai berlepas. Anak-anak begitu seronok melihat ada kapal terbang yang mahu mendarat dan ada yang mahu berlepas. Pengalaman baru bagi anak ketiga dan keempat. Yang sulung dan kedua biasa menyaksikan suasana begitu semasa kami menetap di Kota Kinabalu, Sabah. Bila rindu mahu pulang ke kampung, aktivitinya melihat kapal terbang turun naik di Tanjung Aru.
Baru 30 minit bonda berlalu, kami semua sudah rindu. Hanya doa dan harapan agar bonda sejahtera selalu.

Langgan:
Catatan (Atom)