Teks: Faridah Yusof
Bismillah.
Alhamdulillah.
Syukur ada anak murid cilik. Dia tengok sahaja muka dan mulut kita bila kita bunyikan huruf. Kadang-kadang dia cungkil pula mulut kita. Bila tunjuk kad imbas, dia ambil , renyuk-renyuk dan masuk dalam mulut dia. Kita berselawat dan bernasyid dia goyang-goyang badan. Dia tepuk tangan bila kita nyanyi lagu yang berima. Yang bestnya tidak pernah tunjuk muka bosan atau jemu walaupun lagu yang sama berulang kali.
Bila kita pegang buku, dia tengok dan mahu pegang juga. Tapi bila kita tidak baca buku dia tarik semua buku-buku di rak mini kakak-kakaknya. Tidak tahu nak kata dia nak baca buku atau nak sepah buku. Hehehe.
Nampak macam tidak tahu dan tidak faham apa-apa, tapi rupanya sedang menyerap dan menyimpan input dalam otaknya. Tup..tup..dalam tempoh yang lain sudah boleh meniru apa yang diajar atau yang dilihat. SubhanaAllah. Memang otak mereka sedang berkembang. sekarang dalam diam dia ada lagu dia sendiri. Sambil main-main berbunyi irama dari mulutnya.
Rasa rugi juga tidak mula awal pada kakak- kakaknya. Tapi sekarang tidak mahu fikir tentang perkara yang sudah berlalu. Sekarang hanya perlu ambil iktibar dan bertindak. Hargai apa yang ada sekarang.
Sekarang, semua dalam rumah kena cakap macam orang dewasa dengannya. Sesekali tersasul juga bahasa 'baby' terutama bila mengajuk gayanya. Biar murid cilik ini biasa mendengar bahasa dan sebutan yang betul. InsyaAllah dengan mendengar bunyi sebutan yang betul ia dapat membantunya apabila belajar membaca kelak.
Muhammad Darwisy sudah satu tahun. Alhamdulillah. Syukur.
Mama doakan anak bertuah ini jadi hamba Allah yang diredhaiNya, beri manfaat kepada agama, bangsa dan negara. Bertuah dia dapat menyusu sepenuhnya. InsyaAllah kita teruskan hingga tahun kedua. Aamiin ya rabbal'alamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan