Bismillah.
Siapa ada perpustakaan atau perpustakaan mini di rumah?
Saya pernah berbual dengan pegawai perpustakaan tentang perpustakaan di rumah. Pegawai tersebut memaklumkan bahawa dahulu, jika ada sesiapa yang mahu adakan perpustakaan di rumah, boleh beritahu pihak perpustakaan, kemudian mereka akan datang 'set -up' perpustakaan kita di rumah.
Menarik bukan?
Namun katanya lagi, sekarang sudah tidak ada perkhidmatan begitu.
Impian
Saya mahu adakan perpustakaan di rumah. Sudah lama berimpian mahu wujudkan perpustakaan di rumah. Saya mahu jadikan salah satu bilik atau ruang di rumah sebagai perpustakaan.Saya mahu perpustakaan itu digunakan sepenuhnya oleh ahli keluarga saya dan menjadikannya antara ruangan rumah yang paling mereka sukai. Tempat lepak terbaik di rumah.
Perpustakaan Mini Sebagai Permulaan
Oleh kerana belum memiliki rumah sendiri, saya adakan satu ruang kecil untuk perpustakaan mini di rumah sewa. Hanya ada rak buku, sofa dan meja kecil.
Alhamdulillah, buku-buku koleksi saya dan suami sudah pun saya proses sedikit demi sedikit. Saya gunakan buku dari Dewan Bahasa ini sebagai rujukan untuk tujuan pengelasan buku.
Cop untuk logo perpustakaan dan maklumat buku ini sudah lama saya buat, namun baru tahun lepas saya dapat menggunakannya. Punya lama saya peram.
Apa yang saya dapati sejak saya adakan perpustakaan mini di rumah, anak-anak dan suami suka duduk di ruangan yang disediakan. Walaupun kecil, saya sangat bersyukur mereka manfaatkannya.
Saya doakan semua rumah mempunyai perpustakaan atau mini perpustakaan yang boleh dimanfaatkan oleh seluruh ahli keluarga. Aamiin ya rabbal'alamiin.
susunan buku yang cantik dan kemas juga merangsang anak-anak suka membaca. rumah saya tak ada bilik khas. ruang tamu aje jadi perpustakaan. tapi buku di perpustakaan saya hanya boleh dipinjam dek anak dgn suami aje.
BalasPadamOrang lain - sila pinjam kat librari awam...hehe
Tahniah, Puan Monalisa kerana ada perpustakaan di rumah.
PadamYa, betul tu, susunan buku memainkan peranan untuk menarik anak-anak membaca.
Saya sedang belajar untuk mendisplinkan anak-anak untuk menyusun semula buku setelah dibaca.