Teks: Faridah Yusof
Sedang saya membaca, tiba-tiba 'Aina datang dan bertanya.
"Mama, macam ni ya baby dalam perut umur tujuh bulan ?"
Dia bawa bersama majalah lama saya, al-Ustaz tahun 2012. Ditunjukkan juga gambarajah illustrasi bayi dalam kandungan dari usia 1 bulan hingga 9 bulan.
"Ha'ah. Baby tujuh bulan, besar macam itulah di dalam perut."
Sejak si 'Aina ini tahu membaca, suka benar dia memunggah majalah lama dan buku di sudut membaca di rumah ini. Tapi, mamanya ini yang pening lalat sebab dia boleh pula memilih buku yang berkaitan kehamilan, kelahiran dan bayi.
Aduhai 'Aina.
Walau bagaimanapun, syukur kerana dia sudah boleh membaca.
Sekarang saya mahu fokuskan kepada kemahiran lain yang dia perlu ada asasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan