Isnin, 1 Oktober 2018

Rezeki Dapat Beli Anak Pokok Bayam Brazil

Teks: Faridah Yusof

Saya selalu mengikuti tips menanam dari group facebook seperti Kebun Bandar, Mari Tanam Sayur.
Ramai yang berkongsi tips dan cara menanam di situ.

Di samping itu, saya dapat belajar tentang tanaman yang mudah di tanam di dalam pasu atau bekas yang kecil bagi mereka yang tiada kawasan bertanah yang luas.

Antara tanaman yang saya sangat mahu tanam ialah sayur bayam brazil. Rupanya tidak sama macam bayam yang biasa ditanam dan dijual di kedai. Daunnya kecil sahaja. Boleh dimakan begitu sahaja sebagai salad, digoreng atau dibuat sup sayur.

Alhamdulillah, pagi tadi dapat saya membeli bayam brazil ini dari seorang surirumah yang menjual anak pokok. Siap hantar ke rumah. Satu polibag RM 6. Suri tersebut juga ajar cara untuk biakkan bayam brazil ini. Mudah sahaja rupanya. Hanya gunakan batangnya.

Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Akhirnya dapat juga lihat sendiri rupa bayam brazil ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...