Teks : Faridah Yusof
Bismillah.Ibu bapa adalah dua insan yang diberi amanah oleh Allah untuk membentuk dan mencorak anak-anak. Ia bukan sekadar menyediakan makan, minum dan pakaian anak-anak. Malah, tugas ibu bapa termasuk memberikan kasih sayang, didikan awal, membentuk sahsiah dan emosi anak-anak. Ibu bapa juga memainkan peranan utama dalam memastikan anak-anak berilmu dan berakhlak mulia.
Bagi memastikan kejayaan dalam memikul amanah ini, ibu bapa perlu ada ilmu pengetahuan, maklumat serta kemahiran yang betul dan bersesuaian. Ibu bapa sewajarnya melengkapkan diri dan sentiasa menambah ilmu dan kemahiran dari masa ke semasa. Pelbagai maklumat dan ilmu sebagai contoh ilmu keibubapaan, boleh diperolehi melalui pelbagai cara seperti melalui pembacaan dari buku-buku, majalah, laman web, blog, menghadiri kursus, seminar atau ceramah. Selain itu, di zaman moden ini, terdapat banyak media sosial seperti facebook yang memberi peluang kepada para ibubapa untuk berkongsi maklumat dan pengalaman melalui kumpulan-kumpulan sosial.
Ilmu keibubapaan boleh diperolehi melalui buku-buku atau majalah |
Marilah kita menjadi ibu bapa yang berilmu agar kita dapat melahirkan generasi akan datang yang berjaya di dunia dan di akhirat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan