Setiap hari, seperti selalu saya akan hantar dan jemput anak-anak serta suami.
Semalam selepas menjemput suami dari tempat kerja, anak yang kedua ajak ke pantai pula. Setelah berbincang dengan suami, kami bersetuju untuk ke Teluk Batik.
Inilah kali pertama kami ke Teluk Batik sejak berpindah ke Manjung. Tidak jauh hanya 15 minit dari rumah.
Bila sahaja suami bagi lampu hijau, kami singgah ke rumah sebentar untuk suami tukar selipar dan kemeja T. Kemudian sebelum ke Teluk Batik, kami berhenti dahulu di gerai berhampiran rumah untuk beli keropok lekor dan air cincau.
Gembira sungguh anak-anak. Sampai sahaja di Teluk Batik, kami pilih tempat untuk duduk dan menikmati keropok lekor sambil melihat permandangan laut.
SubhanaAllah. Luas sungguh lautan. Ini baru sebahagian dari Selat Melaka, belum lagi Laut China Selatan, Lautan Pasifik dan lain-lain lagi.
Tidak ramai orang di pantai. Biasanya pada hujung minggu, pantai Teluk Batik penuh dengan pengunjung dari jauh dan dekat.
Selepas habis keropok lekor yang panas-panas dan garing dimakan, anak-anak pula mahu jalan-jalan di tepi pantai. Bukan main seronok main kejar-kejar dengan ombak.
Anak yang sulung pula mahu main air. Eh dah melarat-larat. Tadi mahu jalan-jalan, kemudian mahu main air pula. Jam sudah pukul 6.15 petang.
Akhirnya kedua-dua anak main air, habis basah baju dan seluar. Sudahlah tidak bawa baju ganti.
Tidak mengapalah anak-anak. Yang paling penting kalian gembira dan ceria.
Teluk Batik (gambar:carian Google) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan