Sabtu, 29 Mac 2014

Kebaikan Menyusukan Anak Buat Saya

Teks : Faridah Yusof

Bismillah.

Alhamdulillah. Allahuakbar.
Syukur tidak terhingga kerana masih diberi peluang menyusukan anak kecil yang ketiga. Alhamdulillah, enam bulan pertama dapat susukan si manja sepenuhnya.

Alhamdulillah. Nikmat yang tidak terhingga. Perjalanannya bukan mudah, sangat menuntut kesabaran dan sokongan dari suami dan keluarga.

Bekerja dari rumah membolehkan saya menyusukan bayi secara terus (direct breastfeeding) dan mengikut keperluan bayi (breastfeed on demand). Bunyinya seperti mudah sahaja, namun tetap ada cabarannya.

Banyak kebaikan menyusukan bayi dengan susu ibu. Antara kebaikan yang saya rasai sendiri:

1. Menjadikan saya seorang yang peka terhadap pengambilan makanan seharian, makan secara lebih teratur dan cenderung kepada makanan yang sihat dan seimbang.

2. Lebih mudah apabila bermusafir kerana susu sentiasa tersedia, saya tidak perlu bawa botol susu dan lain-lain keperluan penyusuan.

3. Berat badan kembali kepada berat sebelum mengandung.

4. Waktu menyusukan bayi, saya boleh rehat sebentar, merasa tenang dan boleh buat perkara yang saya suka seperti membaca.

Alhamdulillah.

Saya doakan lebih ramai ibu dapat menyusukan anak-anak dengan susu ibu dan dimudahkan urusan penyusuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...