Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Anak-anak suka bermain layang-layang. Pada musim cuti sekolah kali ini, kami beri peluang mereka bermain layang-layang. Kami pun dapat bermain sekali.
Aktiviti bermain layang-layang sesuai dijalankan di kawasan yang lapang dan berangin seperti di padang, di tepi pantai dan kawasan bendang.
Alhamdulillah, anak-anak seronok dapat melihat layang-layang terbang tinggi. Tambah seronok bila dapat bermain layang-layang di dua lokasi yang berbeza, di bendang dan di padang.
Bermain layang-layang di bendang
Suami dan bapa mertua bawa kami sekeluarga bermain layang-layang di kawasan bendang di kampung suami, Felcra Changkat Lada, Perak.
Anak-anak diberi peluang mencuba bermain layang-layang. Mereka belum pandai menaikkan layang-layang sendiri, juga belum dapat mengawal layang-layang.
Oleh kerana mereka tidak dapat mengawal layang-layang apabila ditiup angin yang kuat, mereka terlepas tali layang-layang. Layang-layang mereka terbang ke dalam bendang. Terpaksalah suami dan bapa mertua menyinsing seluar turun ke bendang untuk mengambil layang-layang mereka.
Selain dapat bermain layang-layang, dapat buat aktiviti luar, lihat keindahan alam dan makhluk ciptaan Allah yang ditemui di bendang/sawah padi. Mereka teruja melihat pokok padi, sawah bendang, tali air, burung-burung yang berterbangan, siput dan telur siput yang berwarna merah jambu.
Bermain layang-layang di padang
Bermain layang-layang di padang juga seronok. Anak-anak lebih bebas berlari. Cuma anak-anak masih belum pandai mengawal tali layang-layang apabila angin bertiup kuat atau pada masa tiada angin.
Mereka kelihatan kecewa apabila layang-layang tidak berjaya diterbangkan dan sangat gembira apabila layang-layang berjaya diterbangkan.
Tips Bermain layang-layang bersama anak
#1 Pilih kawasan yang bersesuaian, berangin dan selamat seperti padang atau tepi pantai.
#2 Elakkan kawasan yang berhampiran dengan tiang elektrik, tiang lampu, pokok, tebing bukit. tepi jalanraya
#4 Tunjukkan kepada anak cara bermain layang-layang ketika angin bertiup kuat dan ketika tiada angin.
#5 Beri peluang kepada anak untuk menaikkan layang-layang seperti ibu atau ayah pegangkan badan layang-layang dan minta anak berlari sedikit untuk terbangkan layang-layang.
#6 Beri kata galakan dan pujian di atas usaha mereka.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan