Teks: Faridah Yusof
Alhamdulillah. Hari ini cuaca agak panas. Saya juga kurang sihat. Kepala agak berat dan pening. Kasihan pada anak-anak tidak dapat perhatian hari ini. Terutama sekali Muhammad Darwisy.
Sedang saya berbaring dan mata terpejam, telinga saya mendengar dengan jelas, 'Aina menyanyi-nyanyi.
Macam-macam lagu yang dinyanyikan dengan lirik rekaannya sendiri, tapi iramanya macam biasa didengar. Sesekali liriknya membuat saya tersenyum sendiri. Lagu Negaraku yang paling kerap diulang. Mungkin di sekolah tadikanya dia belajar. Tetapi bila sampai ke penghujung lagu, bukan "Raja kita selamat bertakhta" yang disebut. Dia pandai-pandai pula menyanyikan "Raja 'Aina...
..."
'Aina oh 'Aina. Mama doakan 'Aina sentiasa dalam perlindungan dan kasih sayang Allah. 'Aina masih lagi di Buku 1 Bacalah Anakku. Walaupun sangat perlahan prosesnya, alhamdulillah, dia sendiri sudah mahu belajar membaca. InsyaAllah, kita berusaha, Allah tentukan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan