Teks: Faridah Yusof
Bismillah.
Setiap hari, melalui media sosial seperti Facebook, Whatsapp danTelegram, saya membaca perkhabaran gembira dan duka sahabat-sahabat dan saudara-mara.
Ada yang baru dijabkabulkan, ada yang baru menyambut kehadiran cahayamata, ada yang baru sembuh dari sakit, ada yang sedang bercuti, ada yang menunaikan Umrah dan ziarah, ada yang sedang meniti kejayaan dalam perniagaan, ada yang meraikan kejayaan dalam kerjaya, ada yang berjaya menulis buku dan macam-macam lagi. Alhamdulillah saya menumpang rasa syukur dan gembira di atas rezeki serta nikmat yang Allah kurniakan kepada mereka.
Tidak kurang juga, perkabaran sedih seperti berita ditimpa sakit, kesempitan hidup, kematian ahli keluarga dan rakan, kemalangan, diragut, ditipu, kerugian dalam perniagaan, perceraian, rumah dipecah masuk, kereta di curi dan macam-macam lagi. Innalillahiwainnailaihirojiun, dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Sesungguhnya saat getir ujian dan dugaan tiba, Allah dengan kasih sayangnya menyertakan hikmah dan rahmatNya buat kita semua. Tiada yang sia-sia. Bagi yang redha dan sabar menghadapinya, bukan sahaja keampunan dari Allah , malah Allah memberikan pahala dan meningkatkan darjatnya di sisi Allah SWT.
Sesungguhnya, bila tiba masanya, apa sahaja yang Allah tentukan buat kita, pasti tiba.
Kita perlu lalui dan menerimanya dengan rasa syukur dan redha.
Cukuplah Allah bagiku, cukuplah Allah sebagai penolong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan