Teks: Faridah Yusof
Apabila anak buat sesuatu yang menyebabkan kita sebagai ibubapa geram dan hilang sabar, tips berikut boleh digunakan:
1. Duduk dan tarik nafas dalam - dalam. Segera istighfar sebanyak-banyaknya. Tenangkan diri dan jadi cool sehabis boleh. Bayangkan muka kita lebih cantik atau kacak apabila kita tenang dan cool.
2. Kenang kembali zaman kita semasa usia anak. Kita juga belum matang pada usia seperti mereka. Kenangkan juga ayah dan ibu yang sabar mendidik kita. Entah-entah, perangai kita lagi teruk dari perangai anak kita. Hehehe.
3. Cepat - cepat lihat gambar-gambar anak semasa mereka bayi. Aduhai, pastinya comel dan buat kita tersenyum melihat gambar mereka. Hilang rasa mahu marah. Muncul rasa kasih dan sayang. Boleh jadi, kerana didikan atau kesilapan kita juga yang menyebabkan anak bersikap begitu.
4. Sentiasa beri maaf dan tunjuk ajar. Mendidik anak-anak adalah proses yang berterusan. Anak-anak memerlukan kita sebagai contoh dan tauladan paling dekat.
5. Lihat segala yang baik dan positif pada anak. Cuba kenang sesuatu yang baik tentang anak. Pasti ada. Besarkan kebaikan itu berbanding kekurangan atau kelemahannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan