Teks : Faridah Yusof
Semenjak suami berjaya buat mi menggunakan mesin pembuat mi Noxxa, rajin dia membuat mi. Balik kerja tukar baju, terus cari bahan-bahan untuk buat mi di dapur.
Hari ini, tuan suami cuba mengubahsuai resepi yang digunakan sebelum ini. Seperti yang saya kongsikan beberapa hari lepas, bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat mi seperti tepung berprotein tinggi, tepung gandum biasa, serbuk kunyit, air, garam dan minyak. Hari ini, tuan suami hanya guna tepung gandum sebagai bahan utamanya. Beliau guna Tepung Gandum Tanpa Bahan Peluntur keluaran dari syarikat Faiza.
Hasilnya tadi boleh tahan juga rasanya. Saya lebih suka resepi mi menggunakan tepung biasa berbanding campuran tepung berprotein tinggi. Kalau tidak ditegur tadi, boleh habis saya dan anak meratah mi yang sudah direbus dan ditos oleh suami. Tuan suami pula suka resepi menggunakan tepung berprotein tinggi.
Walau bagaimanapun, saya tetap bersyukur mi ini bebas dari bahan pengawet dan pewarna tiruan.
Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan