Khamis, 2 Februari 2017

Peluang Menjana Pendapatan Melalui Dropship

Teks: Faridah Yusof

Apa itu dropship?
Pernahkah anda dengar, lihat atau baca tentang dropship? Pernahkah anda terlihat di paparan media sosial iklan mencari agen dropship? Mari baca lanjut tentang dropship.

Dropship adalah satu peluang perniagaan tanpa modal atau modal yang minimum sahaja. Biasanya, modal yang diperlukan adalah apabila pembekal mengenakan syarat  seperti agen dropship perlu membuat belian yang pertama atau mengenakan yuran komitmen yang minimum. Ada juga yang tidak mengenakan sebarang yuran.

Dropship biasanya memerlukan seseorang agen dropship mempromosikan produk dari pembekal. Ia umpama orang tengah antara pelanggan dan pembekal. Produk boleh dipromosikan di mana-mana sahaja yang bersesuaian.

Kebanyakan agen dropship mempromosikan produk di Facebook dan Instagram. Selain dari itu, produk juga boleh dipromosikan di channel lain seperti di blog, Google, laman web, Wordpress, Twitter, Whatsapp, Telegram, Mudah,com, You Tube dan banyak lagi.

Agen dropship hanya perlu membuat belian dari pembekal  pada harga agen dropship setelah pelanggan membuat bayaran. Kemudian, produk yang ditempah oleh pelanggan akan dihantar terus kepada pelanggan dari pembekal. Maka, agen dropship tidak perlu menyimpan stok, membungkus dan menghantar pesanan.

Ada banyak produk yang ditawarkan oleh para peniaga untuk dipromosikan  kepada pelanggan. Antaranya buku, tudung, pakaian, permainan kanak-kanak, telekung, seluar, produk kesihatan, minyak wangi dan bermacam-macam lagi.

Sekiranya kita berminat untuk menjadi agen dropship sesuatu produk, kita boleh terus menghubungi dan bertanya kepada pembekal, pemborong atau peniaga produk berkenaan samada mereka ada menawarkan peluang dropship.

Siapakah yang sesuai untuk menjadi agen dropship?

Sesiapa sahaja yang mahu cuba berniaga atau mahu menjalankan perniagaan secara separuh masa, boleh mencuba peluang menjadi agen dropship. Pelajar di kolej atau universiti atau lepasan universiti juga boleh mencuba. Begitu juga pengurus rumah tangga, juga boleh menjana pendapatan dari perniagaan jenis ini. Ianya mudah, tidak memerlukan modal yang besar, tidak memerlukan premis, tidak perlu membungkus atau menghantar pesanan.

Cabaran dalam menjadi agen dropship?

Di dalam aktiviti perniagaan pastinya ada cabaran. Di dalam dunia dropship, antara cabarannya adalah, margin keuntungan yang kecil. Biasanya agen boleh mendapat keuntungan untuk satu produk antara RM 5- RM 10.

Selain itu, cabaran dari pihak pembekal pula ialah kelewatan dalam memberi respon, kesilapan dan kelewatan penghantaran pesanan.

Manakala, cabaran dari pihak pelanggan pula ialah apabila berhadapan dengan pelanggan yang cerewet dan tidak yakin dengan agen dropship.

Walau bagaimanapun, cabaran-cabaran kecil ini boleh dianggap sebagai latihan sebelum lebih serius dalam bidang perniagaan.

Peluang menjadi agen dropship.

Anda mahu mencuba menjadi agen dropship?

Boleh hubungi saya di 0136735893 atau email saya di pn.faridahyusof@gmail.com.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...