Teks: Faridah Yusof
Semasa kami berkelah di Teluk Batik hari tu, ada banyak tebuan. Ada yang menghurung sisa makanan di tepi pantai. Ada yang terbang dekat-dekat dengan tempat kami berkelah.
Semasa kami berkelah di Teluk Batik hari tu, ada banyak tebuan. Ada yang menghurung sisa makanan di tepi pantai. Ada yang terbang dekat-dekat dengan tempat kami berkelah.
Mak mertua kibas-kibas dengan tuala kecil supaya tebuan tidak hinggap pada anak cucunya. Anak-anak yang kecil bukan tahu takut, mereka relax je tengok tebuan. Mak-mak yang risau. Berdoalah banyak-banyak dalam hati minta dijauhkan dari sengatan sang tebuan.
Sedang kami sedap mengunyah dan menikmati kesedapan ayam bakar, datang seorang pakcik dengan muka yang agak cemas.
'Dik, maaf tanya, ada bawa minyak sapu tak? Cucu saya kena gigit tebuan.'
'Ada pakcik. Sekejap ya.'
Dalam beg baju anak memang saya masukkan sebotol Minyak But-But. Sepantas kilat saya ambil dari beg dan hulurkan botol minyak kepada pakcik.
Tidak lama kemudian pakcik tadi datang semula. Dia pulangkan botol minyak But-but dan bersungguh-sungguh ucap terima kasih.
Kami nampak anak kecil yang disengat tebuan tu, belum berhenti esakannya sambil dibawa oleh salah seorang ahli keluarga ke arah tandas dan bilik air. Kata pakcik lagi, bengkak tempat kena sengat tebuan. Aduhai, kasihan si anak kecil.
Kali ini, saya pula jadi pemerhati anak-anak. Risau juga jika masih ada tebuan yang terbang dekat dengan anak-anak yang kecil. Mereka bukan tahu sengatan tebuan itu menyakitkan dan boleh jadi bahaya.
Hari sudah menjelang petang. Kami berkemas untuk balik. Ada pengunjung yang juga sedang berkemas mahu pulang. Tidak kurang juga ada lagi pengunjung yang baru sampai. Meriah sungguh suasana Teluk Batik bila ada cuti panjang seperti minggu ini.
Sebelum pakcik tadi balik, dia singgah sekali lagi di tempat kami berkelah. Mahu balik ke Selama katanya. Kali ini wajahnya nampak ceria. Dia ucap terima kasih kerana menolong. Katanya lagi bengkak di tangan sudah surut. Alhamdulillah. Syukur dan gembira mendengarnya. Didoakan anak kecil tadi sihat dan sejahtera hendak-Nya. Aamiin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan