Teks : Faridah Yusof
Bismillah.
Alhamdulillah, sudah dua minggu saya mengajar anak yang sulung membaca, walaupun masih belum lancar tetapi dari pemerhatian saya sudah ada peningkatan. Sebenarnya saya telah mula mengajar anak menggunakan sistem fonetik Bacalah Anakku pada bulan Mac yang lalu. Namun, saya tidak dapat mengajarnya secara konsisten dan berjadual.
Alhamdulillah, saya dapat menyambung semula pembelajaran bersama anak seminggu sebelum cuti persekolahan bermula. Saya mulakan kembali dengan Buku 1. Biarpun agak perlahan pada awalnya, yang penting bagi saya, dia perlu tahu membunyikan huruf dengan betul seterusnya tahu menggabungkan bunyi.

Masa mengajar dalam sehari
Saya peruntukkan masa untuk mengajar anak membaca sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Biasanya 5 minit untuk perkenalkan satu bunyi huruf dan mengulang - ulang semula bunyi huruf. Selebihnya saya gunakan untuk aktiviti mewarna, aktiviti latihan bahasa di dalam buku Fonetik Ekspres atau permainan bahasa.
Adakalanya tidak sampai pun 15 minit anak sudah mula bosan. Pelbagai alasan dia berikan seperti mahu minum dan makan, mahu tengok cerita kartun, mahu main permainan lain, mengantuk dan sebagainya. Jika sudah begitu, saya hentikan pembelajaran dan sambung semula pada waktu lain seperti selepas mengaji pada malamnya. Jika saya berterusan memaksanya, pembelajaran jadi tidak berkesan. Walau bagaimanapun, anak jadi tidak sabar-sabar untuk buat aktiviti yang melibatkan warna air. Bila guna warna air, memang dapat lama sikit belajar. Seperti di dalam 'post' terdahulu, saya ada ceritakan tentang anak yang suka dengan aktiviti mewarna. Contoh aktiviti mewarna di sini.
Oleh kerana sebelum ini saya tidak mengajar anak secara konsisten, anak saya kelihatan agak keliru apabila saya mengajarnya bunyi huruf bukan nama huruf. Sebagai contoh bila mengajar bunyi /a/ , anak menyebut nama huruf 'a'. Begitu juga bila membaca 'abu' , seringkali dia menyebut ei --> aaa , bi yu --> bu = abu dengan nada berlagu. Bagi mengelakkan anak terus keliru, saya kaitkan bunyi huruf dengan cerita atau sesuatu agar dia tidak mudah lupa. Sebagai contoh, apabila jari terkena api atau benda panas, kita akan jerit aaaa.
Selain itu, kini saya juga kerap memainkan vcd lagu Abu Ada Ayam agar anak saya biasa mendengar bunyi-bunyi huruf seperti dalam klip berikut.
Sumber : You Tube
Biasanya, saya juga akan uji anak membaca di dalam buku dan juga melalui permainan bahasa. Ini untuk memastikan anak benar-benar tahu membunyikan huruf dan menggabungkan bunyi bukan menghafal. Di antara permainan yang biasa saya gunakan ialah bina perkataan dari huruf-huruf yang telah dipelajari. Saya sediakan kad-kad huruf dan carta poket, seterusnya saya akan minta anak untuk bina perkataan yang sudah dipelajari. Saya sebutkan perkataan, kemudian anak susun kad huruf ke dalam carta poket. Kemudian saya minta anak menyebut kembali perkataan tersebut.

Buku 1 - belajar bunyi huruf vokal a, i, u dan bunyi konsonan b, n |
Aktiviti permainan bahasa menggunakan kad huruf dan carta poket |
Alhamdulillah, setakat hari ini, anak yang sulung sudah memulakan buku 4. Kini, dia nampak lebih yakin dan rajin mengulang bacaan tanpa perlu disuruh-suruh berbanding sebelumnya. Setiap kali selesai belajar, saya akan bertanya kepadanya " Macamana ? seronok tak bila dapat baca? " Syukur alhamdulillah bila anak mengangguk dan senyum gembira bila dapat membaca perkataan-perkataan mudah dan faham apa yang dibaca. Sebagai hadiah, saya buatkan donut kegemarannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan