Isnin, 25 November 2013

Biskut sedap dan mudah untuk kanak-kanak rajin belajar

Teks : Faridah Yusof

Bismillah.

Alhamdulillah. Hujung minggu lalu penuh dengan aktiviti bersama keluarga.

Anak-anak juga rajin belajar membaca. Anak yang sulung gigih berusaha tanpa perlu disuruh-suruh. Sehingga jam 11.30 malam pun masih mahu membaca.

Anak-anak perlu diberi hadiah galakan. Selalunya saya buatkan makanan kegemaran atau bawa ke taman permainan. Tidak perlu yang mahal-mahal atau yang susah-susah.

Hadiah kali ini bukan donat tetapi biskut yang mudah dibuat dan sedap pula rasanya. Namanya Scottish Shortbread Cookies. Yang paling penting anak-anak turut menggemarinya. Bila diamati rasa biskut ini, saya simpulkan rasanya seakan biskut arab atau juga dikenali biskut suji.

Bahan-bahannya cuma mentega, gula kastor dan tepung gandum. Saya ambil resepi di Baking Project 
 
Sama-sama buat biskut. Sama-sama menikmati biskut bersama teh kurang manis. Alhamdulillah.

Selamat mencuba.
 
Apa yang penting kerjasama..

Latihan kemahiran motor halus

Siap untuk dibakar
 
Biskut sedia untuk dibakar
 

Biskut sedang dibakar. Semua tidak sabar. Baunya sungguh harum.

2 ulasan:

  1. Wahhh seronok...tq kak kerana share...najihah dah besar...darjah 1 dah kn kak...rindu nk mkn kek coklat akk...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama shafinas. Ya, Najihah sudah Darjah 1. Sekejap sahaja masa berlalu. Kak rindu Sabah.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...