Rabu, 20 Ogos 2014

Manfaatkan Perpustakaan Awam

Teks : Faridah Yusof

Bismillah.

Antara sebab anak-anak saya suka ke perpustakaan ialah ada banyak buku. Buku-buku itu pula jika mahu beli sendiri memang mahal terutama buku yang berkulit tebal dan jenis bersiri macam ensiklopedia. Selain itu, ada banyak majalah kanak-kanak yang anak saya boleh baca. Memang seronok betul mereka bila dibawa ke perpustakaan.

Ada masanya, kami tidak dapat berlama-lama di perpustakaan, jadi kami daftar untuk jadi ahli yang membolehkan kami meminjam buku. Untuk jadi ahli perpustakaan awam, hanya perlu isi borang. Seawal 4 tahun sudah boleh menjadi ahli. Percuma sahaja. Boleh pinjam dua buah buku. Kita boleh pilihkan buku yang sesuai untuk anak kecil kita. Bagi yang sudah boleh membaca beri peluang anak memilih buku yang mereka mahu baca.

Apa yang penting, kita sebagai ibubapa perlu memastikan buku yang dipinjam digunakan dan  dijaga dengan baik.

2 ulasan:

  1. budak-budak lebih suka kalau perpustakaannya mesra kanak-kanak. Boleh bermain, berkejaran macam kat rumah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya setuju. Anak-anak saya jenis kinestatik, jadi tidak boleh lama-lama di perpustakaan. Mereka cepat bosan sebab saya tidak benarkan mereka berlari-lari bagi menghormati pengguna yang lain. Solusinya, pinjam buku dan sambung baca di rumah.

      Padam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...