Teks: Faridah Yusof
Bismillah.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Apa khabar semua? Didoakan semuanya sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Yang Maha Esa.
Saya pasti ada ibu yang sibuk dengan anak-anak di rumahkan? Saya juga. Anak-anak pula cepat lapar selepas bermain, melompat, berguling dan macam-macam lagi. Riuh rendah rumah, sekejap dengar sedang bermain-main, sekejap dengar bunyi bergaduh dan menangis, selepas itu dengar gelak ketawa pula.
Pelbagai aktiviti yang menarik dan bermanfaat boleh dibuat bersama anak-anak pada musim cuti persekolahan. Sebelum cuti bermula, saya ada menyenaraikan idea aktiviti untuk anak-anak di rumah, namun tidak berkesempatan untuk dikongsikan di blog ini.
Berikut adalah 50 aktiviti untuk anak-anak. Mungkin ada yang sesuai atau kurang sesuai untuk anak anda. Boleh pilih, ubahsuai dan laksanakan bersama anak-anak anda.
1. Bermain layang-layang di padang, tepi pantai atau di bendang.
2. Origami
3. Permainan bahasa
4. Pergi ke perpustakaan
5. Menziarahi keluarga/sanak saudara
6. Menghadiri jemputan kenduri
7. Pergi ke zoo
8. Melukis
9. Mewarna
10. Pemeriksaan gigi di klinik gigi
11. Gotong-royong mengemas rumah
12. Menghafalkan surah-surah Al Quran dan hadith
13. Membaca buku cerita
14. Membuat buku skrap tentang diri atau keluarga, hobi dan sebagainya
15. Ujikaji sains yang mudah
16. Menziarahi kubur keluarga, bersihkan, hadiahkan alfatihah
17. Kem solat mini
18. Hias donat/kek cawan/biskut
19. Bermain permainan traditional
20. Menyanyi lagu/nasyid kanak-kanak
21. Aktiviti anak bercerita
22. Berkelah di tepi pantai
23. Chef cilik: uli-uli doh, sandwich telor, cookies
24. Kolaj
25. Kebun mini
26. Bermain plastisin
27. English hour
28. Menonton video / kartun
29. Pergi ke taman permainan
30. Jemput saudara atau kawan sekolah minum petang di rumah
31. Main kira-kira
32. Susun 'puzzle'
33. Main teka-teki
34. Aktiviti sukan/riadah
35. Ke rumah anak yatim atau orang tua
36. Menziarah rumah saudara atau keluarga yang sakit
37. Aktiviti asas keusahawanan, car boot sale
38. Berlakon
39. Beli barang keperluan sekolah bersama-sama
40. Ulangkaji pelajaran lalu
41. Belajar menggunakan komputer seperti menaip
42. Aktiviti menggalakkan untuk berfikir secara kreatif, seperti lukis bentuk bulat dan apa yang boleh dilukis dengan bentuk bulat itu.
43. Perpustakaan mini di rumah
44. Aktiviti senamrobik/menari di rumah
45. Ke masjid-masjid, membiasakan anak-anak dengan masjid
46. Kebersihan diri seperti penjagaan rambut, kuku
47. Aktiviti memerhati alam sekitar seperti corak pada daun yang berbeza
48. Membacakan anak buku cerita
49. Aktiviti kitar semula seperti kumpul botol plastik, tin minuman dan sebagainya
50. Bermain dam
Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti yang boleh dijalankan bersama anak-anak semasa cuti sekolah mereka.
Bagi yang telah merancang awal, mungkin ada yang boleh merancang kewangan untuk menghantar anak ke kelas-kelas kemahiran yang berbayar seperti kelas berenang, berkuda,memanah, seminar motivasi dan sebagainya.
Namun apa jua pilihan kita, saya doakan anak-anak kita sema dapat menikmati cuti sekolah dengan gembira dan mendapat manfaat dari aktiviti yang dijalankan.
Menariklah puan. Terima kasih atas idea. Nak buat pelan bersama anak :)
BalasPadamSama-sama, puan. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya.
BalasPadamMohon share di FB puan..salam kenal
BalasPadamTerima kasih utk cadangan. Banyak aktiviti sekeliling yg boleh dibuat masa cuti.. Xsemestinya melancong sahaja. Saya turut sertakan aktiviti buat handsock puppet 😊
BalasPadam