Saya bukanlah penggemar mi. Akan tetapi suami dan anak-anak pula suka hidangan mi. Apabila membeli barang keperluan dapur, suami biasanya mencapai satu atau dua peket mi kuning. Boleh dikatakan setiap minggu mesti ada hidangan mi.
Alhamdulillah, setelah seorang kawan memperkenalkan mesin pembuat mi, kini kami boleh membuat mi sendiri di rumah. Yang paling seronok, sekarang suami yang rajin membuat mi. Anak-anak juga turut serta mahu membantu itu dan ini untuk membuat mi.
Mudah sahaja membuat mi dengan mesin pembuat mi tersebut. Hanya masukkan bahan-bahan mengikut sukatan yang ditulis di dalam buku resepi yang disertakan bersama mesin pembuat mi. Bahan-bahan digaul dan diadun oleh mesin dan kemudian mi akan keluar secara automatik di hujung muncung acuan mi.
Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah didapati di pasaraya tempatan. Bahan-bahannya ialah tepung gandum berprotein tinggi, tepung gandum biasa, air, minyak masak dan pewarna kuning (saya gantikan dengan serbuk kunyit atau tidak bubuh apa-apa).Ada juga resepi yang menggunakan telur. Untuk pelbagaikan jenis mi, boleh gantikan air dengan jus lobak, jus bayam dan sebagainya. Ini akan menjadikan mi bukan sahaja unik tetapi mi yang sihat tanpa pewarna dan bahan pengawet.
Mi yang sudah jadi, kemudian direbus sekejap di dalam air panas. Kemudian siramkan dengan air sejuk dan lumurkan dengan minyak. Nah, mi sudah boleh dimasak mengikut citarasa masing-masing. Boleh sahaja buat mi goreng basah, mi goreng mamak, mee kungfu dan macam-macam lagi.
Berminat untuk dapatkan mesin pembuat mi ini? Boleh hubungi saya di 013-6735893. Mesin pembuat mi ini juga mempunyai acuan untuk membuat biskut seperti tart gulung, makaroni dan maruku.
Mesin mi pelbagai guna |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan