Teks: Faridah Yusof
Hari ini, balik sahaja dari kerja suami buat maruku lagi. Macam tahu-tahu sahaja, saya memang menggemari maruku. Alhamdulillah.
Kali ini suami ubah sedikit resepi, tidak guna biji jemuju tetapi tambah serbuk kari pula. Tetapi kali ini, tiada daun kari, dah habis.
Pada awalnya, adunan maruku agak lembik, jadi tidak dapat keluar secara automatik dari mesin. Saya lihat suami tambah lagi tepung pulut. Kemudian barulah, adunan maruku keluar dari acuannya dengan jayanya. Alhamdulillah.
Saya bantu bahagian goreng menggoreng. Baunya semerbak walaupun tiada daun kari. Kalau ada daun kari lagi harum dan buat anak-anak semua berlari ke dapur.
Alhamdulillah. Syukur kepadanya di atas segala nikmat kurniaannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan