Teks: Faridah Yusof
Alhamdulillah. Sejak ada mesin pembuat mi Noxxa ini, suami rajin mahu mencuba mesin ini. Kali ini kata suami mahu cuba buat maruku.
Saya bantu suami dengan membuat carian beberapa resepi maruku di internet. Ada banyak variasi resepi. Sebenarnya sudah dapat resepi maruku dari grup Whatsapp. Tetapi sayangnya sudah tiada di dalam memori telefon. Mahu bertanya sekali lagi sudah malu, jadi cari sahajalah di internet.
Saya sendiri tidak pernah belajar dan tahu cara buat maruku. Tahu makan sahaja. Jadi saya memang tidak tahu lansung resepi mana yang boleh diikuti. Saya ambil resepi yang mudah dan ringkas. Saya ambil resepi yang perlu disukat dan ditimbang berat bahan-bahannya. Ini lebih jelas dan tepat berbanding guna sukatan satu kampit tepung.
Antara bahan yang diperlukan tepung beras, tepung kacang dhal, jintan manis, jintan putih, serbuk lada, santan dan daun kari.
Maka suami pun keluarlah ke kedai membeli bahan-bahan untuk membuat maruku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan